Emolien dan pelembap untuk ekzema

Soalan ulasan

Adakah emolien dan pelembap membantu mengawal ekzema?

Latar belakang

Ekzema adalah satu penyakit kulit yang kronik (tahan lama). Gejala utamanya adalah kulit kering dan kegatalan yang sengit. Kawasan yang terjejas kelihatan merah, dengan kerak dan calar, dan boleh mengalirkan cecair. Pelembab dianggap penting dalam rawatan ekzema, tetapi terdapat ketidakpastian tentang bagaimana mereka berfungsi, dan sama ada mana-mana satu pelembap berkesan lebih baik-dan lebih baik-daripada yang lain.

Ciri-ciri kajian

Kami telah mencari penerbitan perubatan sehingga Disember 2015, dan mengenal pasti 77 kajian yang berkaitan dengan 6603 peserta, terutamanya ekzema ringan sehingga sederhana. Umur peserta adalah dari empat bulan hingga 84 tahun (min: 18.6 tahun). Kebanyakan kajian berlangsung antara dua dan enam minggu, terdapat beberapa yang berkekalan sehingga enam bulan .

Empat puluh enam kajian menerima pembiayaan daripada syarikat farmaseutikal.

Keputusan utama

Kebanyakan pelembap nampaknya berkesan. Dua puluh empat kajian melaporkan keterukan ekzema yang dinilai oleh peserta. Hanya 13 kajian telah menilai kepuasan peserta dengan pelembap. Kesan-kesan sampingan (peristiwa buruk) dilaporkan dalam 41 kajian, walaupun maklumat ini seringkali terhad (terutamanya pedih, rasa pedih, gatal, kemerahan). Kebanyakan kajian menilai tahap ekzema yang dinilai oleh doktor (65 kajian). Hasil lain berkenaan termasuklah fungsi halangan kulit (29 kajian), pencegahan dari bertambah teruk (16), kualiti hidup (10) dan penggunaan kortikosteroid (8).

Menurut pakar-pakar perubatan, pelembap mengurangkan ekzema teruk berbanding tanpa pelembap (3 kajian), tetapi pengurangan itu terlalu kecil untuk dianggap bermakna bagi pesakit-pesakit. Kegunaan pelembap mengakibatkan kekurangan ia bertambah teruk (2 kajian), dan mengurangkan keperluan untuk kortikosteroid topikal (2 kajian). Peserta menilai keterukan ekzema dan kepuasan tidak dinilai. Tiada perbezaan dalam bilangan kesan buruk yang dilaporkan.

Peserta menganggap Atopiclair (mengandungi asid glikopraktin) lebih daripada empat kali ganda lebih berkesan untuk meningkatkan keterukan ekzema daripada kawalan (iaitu kelihatan sama, tetapi tanpa asid glisirrhetinic) (3 kajian). Walau bagaimanapun, doktor tidak mengenal pasti perbezaan yang bermakna bagi pesakit. Atopiclair membawa kepada pengurangan gatal yang lebih banyak(4 kajian), kepuasan peserta yang lebih kerap (2 kajian), dan lebih sedikit kes ia bertambah buruk (3 kajian). Kesan sampingan adalah sama dalam kedua-dua kumpulan.

Empat kajian mengkaji krim yang mengandungi urea. Peserta-peserta yang menggunakan krim urea melaporkan bertambah baik lebih kerap daripada mereka yang menggunakan kawalan (1 kajian). Penarafan kepuasan dalam kedua-dua kumpulan adalah sebanding positif (1 kajian). Krim mengandungi urea menambah baikkan kekeringan lebih kerap (penilaian pakar perubatan) (1 kajian) dan mengakibatkan sedikit suar (1 kajian), tetapi dengan lebih kesan buruk dilaporkan.

Tiga kajian mengkaji pelembab yang mengandungi gliserol berbanding dengan kawalan. Lebih peserta dalam kumpulan gliserol yang dianggap kulit mereka bertambah baik (1 kajian), seperti yang dilakukan oleh pakar-pakar perubatan, tetapi perbezaan ini tidak bermakna cukup penting untuk pesakit. Kepuasan peserta tidak diambil kira. Tiada perbezaan dalam bilangan kesan buruk yang dilaporkan.

Empat kajian menyiasat pelembap yang mengandungi oat berbanding tiada rawatan atau kawalan. Tiada perbezaan didapati diantara kumpulan-kumpulan untuk penambahbaikan penilaian- peserta (1 kajian), kepuasan peserta (1 kajian), atau penambahbaikan dinilai oleh pakar perubatan (3 kajian). Walau bagaimanapun, kumpulan oat mempunyai kurang kes bertmbah teruk (1 kajian), dan keperluan dikurangkan untuk kortikosteroid topikal (2 kajian). Krim oat boleh menyebabkan lebih banyak kesan buruk.

Apabila kita membandingkan dengan semua moisturisers terhadap tiada pelembap atau kawalan, secara keseluruhan, peserta dianggap moisturisers untuk menjadi lebih daripada dua kali lebih berkesan dalam meningkatkan ekzema daripada tidak ada pelembap atau kawalan (5 kajian), dan lebih berkesan untuk kegatalan (7 kajian). Peserta dalam kedua-dua bahagian rawatan melaporkan kepuasan yang setanding (3 kajian). Menurut pakar-pakar perubatan, pelembap mengurangkan tahap ekzema lebih daripada kawalan (12 kajian) dan menyebabkan sedikit suar (6 kajian). Tiada perbezaan dilaporkan untuk bilangan kesan buruk diantara kumpulan-kumpulan tersebut .

Menurut pakar-pakar perubatan, kortikosteroid topikal lebih berkesan untuk menambahbaik ekzema apabila digunakan dengan pelembap, dan bukannya digunakan secara bersendirian (3 kajian) dan juga telah mengurangkan jumlah suar (1 kajian). Gabungan ini juga digemari oleh para peserta, walaupun tahap penyakit yang dinilai peserta tidak ditangani. Tiada perbezaan dalam bilangan kesan buruk yang dilaporkan.

Kualiti bukti

Terdapat bukti kepastian yang tinggi untuk dinilai pakar perubatan bagi keterukan penyakit untuk krim yang mengandungi gliserolberbanding kawalan dan 'semua pelembap yang berbandingkan kawalan. Bagi kebanyakan keputusan lain diseluruh perbandingan, terdapat bukti kepastian yang rendah kepada sederhana. Sebab yang paling penting untuk merendahkan kepastian bukti adalah risiko berat sebelah dalam kajian (mis. tiada blinding, atau kehilangan data), atau terlalu sedikit peserta, yang membawa kepada keputusan yang kurang tepat.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information