Pembedahan berbanding sterotaktik radioterapi untuk pengidap metastasis otak tunggal atau bersendirian

Latar belakang
Metastasis otak adalah sel barah yang merebak ke otak dari tempat penyakit pertama kali bermula (tumor primer) untuk pertumbuhan satu atau lebih tumor. Dalam kebanyakan kes, metastasis otak adalah luka yang banyak, didiagnosis pada peringkat akhir penyakit ini. Walau bagaimanapun, adakalanya boleh muncul sebagai satu deposit yang dikesan, baik sebagai metastasis tumor yang diketahui di seluruh badan yang kebetulan berlokasi di sistem saraf pusat (metastasis otak bersendirian) atau sebagai metastasis serebrum tunggal dengan metastasis tambahan di sistem organ lain (metastasis otak tunggal).

Pembedahan dan sterotaktik radioterapi adalah dua rawatan yang terkini dan tersedia untuk metastasis otak tunggal dan bersendirian. Pembedahan terdiri daripada biopsi (pengekstrakan kepingan kecil tumor melalui lubang kecil (lubang burr) untuk diperiksa di bawah mikroskop) atau percubaan penyingkiran lengkap metastasis melalui operasi pembedahan yang lebih luas (kraniotomi). Steroetaktik radioterapi adalah sejenis terapi radiasi luaran di mana pancaran sinaran pengion tepat difokuskan pada metastasis otak. Ini boleh dijalankan melalui rawatan pecahan tunggal (radiosurgeri stereotaktik) atau melalui beberapa pecahan yang lebih kecil (radioterapi stereotaktik pecahan).

Soalan ulasan
Apakah keberkesanan dan keselamatan pembedahan berbanding dengan sterotaktik radioterapi bagi orang dengan metastasis otak tunggal atau bersendirian?

Ciri-ciri kajian
Kami telah mencari pangkalan data yang relevan sehingga 25 Mac 2018. Kami menjumpai dua ujian klinikal dengan jumlah 85 peserta dengan metastasis otak tunggal atau bersendirian. Satu percubaan yang termasuk 64 peserta dengan metastasis otak tunggal, dan yang lain termasuk peserta dengan metastasis otak bersendirian (22 daripadanya bersetuju untuk menjalani rawak dan 21 dianalisis). Kedua-dua kajian ditamatkan secara pramatang disebabkan oleh kesukaran untuk mencari peserta yang memenuhi kriteria kemasukan atau bersetuju untuk turut serta. Satu percubaan membandingkan pembedahan ditambah radioterapi keseluruhan otak (WBRT) dengan radiosurgeri stereotaktik sahaja, dan percubaan kedua membandingkan pembedahan ditambah WBRT dengan radiosurgeri stereotaktik ditambah WBRT.

Hasil utama
Disebabkan oleh nombor bilangan kecil orang yang termasuk dalam kajian ini, kedua-dua kajian tidak memiliki kekuatan yang secukupnya untuk mengesan perbezaan kesan pembedahan berbanding dengan sterotaktik radioterapi terhadap keseluruhan kelangsungan hidup, kejadian buruk, kelangsungan hidup tanpa kemajuan atau kualiti hidup peserta dengan otak tunggal atau bersendirian metastasis.

Kepastian bukti
Kepastian bukti adalah rendah atau sangat rendah terutamanya disebabkan oleh ketidaktepatan dan risiko berat sebelah kerana jumlah orang dalam setiap percubaan adalah sangat kecil dan peserta dan penyelidik sedar akan campur tangan percubaan (bukan kajian buta), oleh itu ini boleh mempengaruhi bagaimana para peserta menilai hasilnya, seperti sesetengah kejadian buruk dan kualiti hidup. Walaupun kajian buta terhadap peserta, masih sukar disebabkan oleh sifat intervensi, penulis kajian tidak menyebut cara lain untuk mengurangkan risiko berat sebelah, seperti analisa buta terhadap data.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Engracia Shihuan Yap. Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information