Merawat kesakitan berterusan dalam mangsa penderaan

Kesimpulannya

Tiada bukti yang baik tentang sebarang kaedah merawat kesakitan yang berpanjangan berikutan penderaan.

Latar belakang

Masalah-masalah psikologi yang berikutan penyeksaan, seperti kemurungan dan gangguan tekanan selepas trauma, menerima banyak perhatian dalam penjagaan kesihatan pelarian. Masalah fizikal selepas penyeksaan cenderung kepada terlepas pandang oleh kakitangan yang terlatih dalam penjagaan kesihatan mental. Mangsa penderaan sering mengalami kesakitan berpanjangan, biasanya melibatkan otot dan sendi.

Ciri-ciri kajian

Penyelidik ingin tahu sama ada sebarang rawatan berjaya menambahbaik kesakitan, dan mengurangkan kecacatan dan kesusahan dalam mangsa penderaan. Penyelidik mencari penulisan akademik sehingga Februari 2017 dan mendapati tiga kajian rawak terkawal (Pengajian klinikal di mana orang dimasukkan secara rawak ke dalam salah satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan).

Keputusan utama

Dua kajian (58 peserta) membandingkan terapi tingkah laku kognitif (CBT; terapi bercakap yang membantu orang mengubah cara mereka berfikir dan berkelakuan) dan belajar mengawal otot dan bernafas dengan tanpa rawatan, dan penyelidik mampu untuk menggabungkan ini untuk analisis. Tiada kajian menunjukkan sebarang peningkatan yang bermakna dalam kesakitan, pengurangan kecacatan atau pengurangan dalam kesusahan, melebihi lapan hingga 13 minggu rawatan. Satu kajian (30 peserta) membandingkan terapi manual kompleks dengan rawatan diri untuk sakit belakang di bahagian bawah tetapi tidak boleh digabungkan dengan dua kajian yang lain; Ia dilaporkan tiada perbezaan dalam melegakan kesakitan, tetapi melaporkan bahawa intervensi fizikal mengurangkan kecacatan dan kesusahan pada akhir rawatan.

Kualiti bukti

Penyelidik telah menilai kualiti bukti daripada kajian menggunakan empat tahap: sangat rendah, rendah, sederhana atau tinggi. Kualiti bukti yang sangat rendah bermaksud bahawa kami tidak pasti mengenai keputusan dalam kajian tersebut. Bukti yang berkualiti tinggi bermaksud bahawa penyelidik sangat yakin terhadap keputusan kajian tersebut. Kualiti bukti adalah sangat rendah untuk melegakan kesakitan, mengurangkan kesusahan dan pengurangan kecacatan. Ini adalah disebabkan oleh saiz kajian kecil, reka bentuk kajian yang teruk, dan keciciran peserta yang banyak dari kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save