Imuno-nutrisi bagi sindrom kesesakkan respiratori akut (ARDS) dalam kalangan orang dewasa.

Latar belakang

Kesesakkan respiratori akut (ARDS) adalah satu kedaan yang membahayakan nyawa yang mana paru-paru mengalami keradangan (iritasi) dan rosak. Di dalam keadaan ini, paru-paru tidak dapat menyalurkan darah beroksigen yang cukup kepada semua organ badan yang penting. Ia selalunya dilihat pada pesakit yang sudah sangat tenat. Kini, tidak terdapat pilihan terapeutik yang efektif untuk keadaan ini. Bagi alternatif lain, perubahan di dalam pengambilan diet telah dicadangkan. Modifikasi nutrisi yang diberikan kepada orang dewasa mengalami kesesakkan respiratori akut (ARDS), dengan memasukkan komponen makanan yang mengandungi kesan anti-keradangan, boleh mengurangkan inflamasi paru-paru dan memperbaiki hasil akhir bagi orang dewasa yang mengalami keadaan ini. Asid lemak omega 3 (dikenali sebagai DHA dan EPA) didapati di dalam minyak ikan dan mungkin mempunyai kesan anti-inflamasi. Pengarang memeriksa hasil laporan dan kesan perubahan nutrisi di dalam kajian-kajian yang melibatkan orang dewasa dengan ARDS.

Ciri-ciri kajian

Bukti ini adalah terkini sehingga April 2018. Kami menyertakan di dalam ulasan ini sehingga 10 kajian dengan 1015 peserta dewasa. Kajian-kajian ini dijalankan di unit penjagaan rapi dan membandingkan nutrisi standard (nutrisi yang biasa diberikan kepada pesakit dengan ARDS) dibandingkan dengan nutrisi ditambah dengan asid lemak omega 3 atau plasebo (bahan yang tidak mempunyai kesan aktif), dan dibandingkan samada dengan atau tanpa anti-oksidan. Anti-oksidan adalah molekul-molekul yang boleh merencatkan atau memperlahankan oksidasi - sejenis reaksi yang boleh menyebabkan inflamasi dan kerosakan sel-sel.

Keputusan Utama

Masih tidak jelas samada penggunaan asid lemak omega 3 dan anti-oksidan sebagai sebahagian daripada pengambilan nutrisi bagi pesakit dengan ARDS dapat memperbaiki hayat jangka-panjang. Adalah tidak pasti samada asid lemak omega 3 dan anti-oksidan dapat mengurangkan jangka tinggal di ICU dan jumlah hari penggunaan alat banutan pernafasan, atau samada ia meningkatkan oksigenasi. Adalah tidak pasti samada nutrisi jenis ini boleh meningkatkan bahaya.

Kualiti bukti

Dapatan ulasan ini adalah terhad disebabkan oleh kekurangan standad piawai bagi semua kajian yang disertakan iaitu bagi bahagian kaedah, jenis nutrisi tambahan yang diberikan, dan hasil dapatan yang dilaporkan. Penyelidik menilai kualiti bukti sebagai rendah hingga sangat rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Intan Juliana Abd Hamid (Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi intanj@usm.my.

Tools
Information