Kortikosteroid bagi pengurusan loya dan muntah tidak berkaitan dengan kemoterapi, radioterapi atau pembedahan dalam kalangan pesakit kanser dewasa

Latar belakang

Loya adalah gejala lazim bagi kanser peringkat akhir. Manakala loya dan muntah boleh dikaitan dengan rawatan kanser seperti kemoterapi, radioterapi atau pembedahan, sebilangan besar penghidap kanser peringkat akhir juga mengalami oya yang tidak berkait dengan terapi-terpi tersebut. Loya dan muntah juga boleh menyebabkan tekanan psikologi, dan impak negatif terhadap kualiti hidup pesakit kanser; ia sering tidak dirawat.

Ciri-ciri kajian

Pada Ogos 2016, kami menemukan tiga kajian yang relevan melibatkan 451 peserta. Saiz kajian berbeda dari 51 hingga 280 peserta. Tempoh kajian yang disertakan adalah di antara tujuh sehingga 14 hari. Dua kajian membandingkan dexamethasone dengan plasebo. Kajian yang ketiga membanding beberapa ubat-ubatan tambahan dalam pelbagai kombinasi, termasuk metoclopramide, chlorpromazine, tropisetron dan deksametason.

Keputusan utama dan kualiti bukti

Bukti terkini adalah berdasarkan kepada sebilangan kecil kajian dengan bilangan peserta yang kecil. Kami menilai kualiti bukti daripada kajian menggunakan empat tahap: sangat rendah, rendah, sederhana atau tinggi. Kualiti bukti yang sangat rendah bermaksud bahawa kami tidak pasti mengenai keputusan kajian tersebut. Bukti yang berkualiti tinggi bermaksud kami sangat yakin terhadap keputusan kajian tersebut. Kami membuat kesimpulan berikut dari bukti-bukti yang sedia ada:

1) kita menemui bukti yang berkualiti sangat rendah tentang kesan steroid terhadap loya dan muntah dalam kalangan pesakit kanser;

2) Tiada bukti bagaimana steroid berfungsi dalam pelbagai jenis kanser; dan

3) terdapat sedikit kesan sampingan yang dilaporkan, dan ubat-ubatan tersebut secara amnya boleh diterima. Labih kajian yang berkualiti tinggi diperlukan untuk menentukan jika steroid berkesan sebagai agen anti-loya.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save