Bolehkah oral Astragalus (Huang qi) mencegah kekerapan episod jangkitan saluran pernafasan akut kepada kanak-kanak?

Soalan ulasan

Kami menilai bukti untuk faedah dan mudarat Astragalus oral yang digunakan secara bersendirian untuk mencegah episod jangkitan pernafasan akut (ARTI) yang kerap berlaku pada kanak-kanak berumur sehingga 14 tahun, berbanding rawatan boneka. ARTI termasuk selsema, sakit tekak, laringitis, influenza, bronkitis dan radang paru-paru.

Latar belakang

Banyak terapi digunakan untuk mencegah ARTI, terutamanya kepada kanak-kanak. Astragalus, adalah terapi herba yang digunakan secara meluas dan tersedia yang telah digunakan selama beribu-ribu tahun di China untuk membantu mencegah ARTI. Ia dianggap dapat meningkatkan imuniti. Hampir satu daripada lima kanak-kanak mengalami ARTI yang kerap dan rawatan menyumbang sehingga 75% daripada semua antibiotik yang dipreskripsikan untuk kanak-kanak. Oleh kerana kebanyakan ARTI adalah disebabkan oleh virus, antibiotik tidak berkesan unruk merawat penyakit ini.

Tarikh pencarian

Kami mencari kepustakaan sehingga 31 Disember 2015.

Ciri-ciri kajian

Kami mengenal pasti 6080 artikel relevan yang berpotensi. Selepas mengeluarkan rekod pendua, dan rekod yang tidak memenuhi kriteria kemasukan kami, kami memperoleh 120 kajian teks penuh. Kami menilai kajian ini dengan teliti untuk kemungkinan kemasukan. Kami mengecualikan kebanyakan kajian kerana: mereka mengemukakan kriteria diagnosis yang tidak jelas; penyediaan Astragalus digunakan dengan ejen lain; atau Astragalus tidak dibandingkan dengan rawatan tiruan. Tiada kajian memenuhi kriteria kemasukan kami dan oleh itu kami tidak dapat menganalisis sebarang keputusan.

Sumber pembiayaan kajian

Kami tidak dapat menilai sumber pembiayaan kajian.

Hasil utama

Kami tidak menemui sebarang kajian yang membandingkan penggunaan Astragalus oral sahaja dengan rawatan boneka untuk mencegah episod kerap ARTI kepada kanak-kanak berumur sehingga 14 tahun. Kajian yang direka bentuk, dijalankan dan dilaporkan dengan baik untuk menyiasat isu ini diperlukan untuk membolehkan penilaian pada masa hadapan.

Kualiti bukti

Kami tidak dapat menilai kualiti bukti.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Leong Siew Lian (Monash University Malaysia). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information