Intervensi untuk mengendalikan perdarahan selepas cabutan gigi.

Terjemahan ini tidak kemaskini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan Sistematik ini.

Soalan ulasan

Kami menjalankan ulasan ini untuk menilai pelbagai intervensi rawatan perdarahan selepas cabutan gigi.

Latarbelakang

Selepas cabutan gigi, adalah lazim untuk kawasan kerja berdarah dan membentuk darah beku, biasanya dalam masa beberapa minit. Adalah tidak normal jika perdarahan berterusan tanpa pembentukan darah beku, atau berterusan melebihi 8 hingga 12 jam; keadaan ini dipanggil perdarahan selepas cabutan (PEB). Insiden perdarahan boleh mencemaskan pesakit, dan mungkin perlu perundigan kecemasan pergigian dan intervensi. Sebab-sebab PEB boleh jadi setempat, penyakit sistemik atau ubat-ubatan. Untuk mengawal perdarahan ini, pelbagai kaedah setempat dan sitemik telah diamalkan, berdasarkan kepakaran pengamal klinikal. Untuk menyarankan pengamal klinikal tentang rawatan terbaik, bukti diperlukan dari kajian-kajian di mana peserta telah dipilih secara rawak kepada sekurang-kurangnya dua kumpulan berlainan, yang menerima pelbagai rawatan atau tiada rawatan (misalnya 'kajian rawak terkawal atau RCT)

Ciri kajian

Penulis kumpulanKesihatan Oral Cochrane membuat ulasan RCT yang menilai intervensi untuk merawat perdarahan selepas cabutan.Kami membuat carian kesusasteraan perubatan dan pergigian sehingga 22 Mac 2016.Kami tidak mendapati RCT yang menepati kriteria kemasukan untuk ulasan ini.

Keputusan utama dan kualiti bukti

Ulasan ini menunjukkan tiada bukti RCT untuk keberkesanan sebarang rawatan sedia ada untuk merawat perdarahan selepas cabutan. RCT yang berkualiti tinggi diperlukan untuk membantu pengamal klinikal dan pesakit membuat pilihan tentang pilihan rawatan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Share/Save