Terapi bercakap untuk pengurusan kesihatan mental di negara berpendapatan rendah dan sederhana yang terjejas oleh tragedi manusia besar-besaran

Mengapa ulasan ini penting?

Orang dewasa dan kanak-kanak dan remaja yang tinggal dalam konteks kemanusiaan (seperti dalam keadaan selepas sesuatu krisis yang dicetus oleh bencana semulajadi) di negara berpendapatan rendah dan sederhana (LMIC) terdedah kepada pelbagai stresor yang mmbuat mereka lebih rentan untuk gangguan stres pasca-trauma (PTSD), depresi major, keresahan, dan hasil psikologi negatif lain.

Siapakah yang akan berminat dengan ulasan ini?

Orang yang terdedah secara langsung kepada krisis kemanusiaan dan keluarga dan penjaga mereka akan berminat dalam ulasan ini, dan juga profesional penjagaan kesihatan dan paraprofesional yang berkerja di kedua-dua LMIC dan persekitaran pendapatan tinggi. Tambahan pula, pembuat dasar, staff program kemanusiaan, pembuat garis panduan, dan agensi (seperti organisasi bukan kerajaan (NGOs)) yang bekerja dalam sektor kesihatan dan bukan kesihatan (contohnya mereka yang menyediakan perlindungan kepada populasi yang tinggal dalam konteks kemanusiaan) mungkin akan berminat dengan ulasan ini.

Apakah soalan-soalan yang ingin dijawab oleh ulasan ini?

Adakah terapi psikologi lebih berkesan daripada keadaan pembanding kawalan (termasuk tiada rawatan, penjagaan lazim, senarai menunggu, plasebo tumpuan, dan plasebo psikologi) dalam mengurangkan (simptom) PTSD dan depresi major, keresahan, dan gangguan somatoform dan yang berkaitan (keadaan di mana orang menunjukkan simptom fizikal (seperti sakit) yang tidak boleh dijelaskan secara medikal) dalam kalangan orang sebarang umur, jantina, atau agama yang tinggal di LMIC yang terjejas oleh krisis kemanusiaan?

Kajian mana yang telah dimasukkan ke dalam ulasan ini?

Pengarang ulasan mencari pangkalan data sehingga Februari 2016 untuk mencari dan memasukkan semua kajian relevan yang diterbitkan dan juga yang tidak diterbitkan. Kajian perlu menyertakan kanak-kanak dan/atau orang dewasa yang tinggal di LMIC yang terjejas oleh krisis kemanusiaan. Kajian-kajian mesti dalam bentuk kajian rawak terkawal (RCT), yang bermaksud orang diagihkan secara rawak (secara kebetulan semata-mata) untuk menerima rawatan atau keadaan pembandingan.

Kami menyertakan 33 kajian dengan sejumlah 3523 peserta yang mengkaji pelbagai terapi psikologi.

Apakah bukti daripada ulasan itu memberitahu kita?

Dalam kalangan dewasa, bukti berkualti rendah menunjukkan manfaat lebih besar dengan terapi psikologi daripada pembanding kawalan dalam mengurangkan (simptom) PTSD, depresi major, dan gangguan keresahan. Bukti ini menyokong pendekatan memberi terapi psikologi kepada populasi yang terjejas oleh krisis kemanusiaan, walaupun kami tidak mendapati kajian yang melihat kepada keberkesanan atau kebolehterimaan terapi psikologi untuk simptom depresi dan keresahan melebihi enam bulan. Hanya perkadaran kecil daripada kajian-kajian yang dirmasukkan melaporkan data kanak-kanak dan remaja, yang memberi bukti berkualiti sangat rendah untuk manfaat lebih besar daripada rawatan psikologi. Dari segi kebolehterimaan, bukti berkualiti sederhana hingga rendah mencadangkan tiada perbezaan kadar keciciran dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak dan remaja, Para pengulas mendapati tiada kajian yang menilai rawatan psikologi untuk (simptom) gangguan somatoform atau simptom fizikal yang tidak dapat dijelaskan dari segi perubatan (MUPs) dalam kalangan dewasa, dan juga dalam kanak-kanak atau remaja.

Apa yang patut berlaku selepas ini?

Para penyelidik patut menjalankan kajian berkualiti lebih tinggi untuk menilai lebih lanjut keberkesanan terapi psikologi yang diberi untuk tempoh lebih lama kepada orang dewasa dan kepada kanak-kanak dan remaja. Secara ideal, kajian-kajian patut dirawak, patut menggunakan instrumen yang sesuai budaya dan yang disahkan untuk menilai hasil, dan patut menilai hubung kait pengurangan dalam kesan rawatan melalui masa; tambahan juga, para penyelidk patut berusaha untuk memastikan kadar susulan yang tinggi melebihi enam bulan selepas pelengkapan terapi.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save