Senaman untuk mengurangkan risiko terjatuh di kalangan mereka yang mengidap kanser dan selepas itu

Latarbelakang

Mereka yang hidup dengan kanser dan selepas kanser berisiko mendapat masalah jangka panjang termasuk risiko mudah terjatuh. Ini merupakan kesan daripada penyakit dan juga rawatan yang boleh terjadi ke atas mereka. Senaman dapat mengurangkan kadar dand risiko terjatuh di kalangan orang tua dan ianya juga diketahui dapat meningkatkan kualiti kehidupan, mengurangkan keletihan dan kesakitan dikalangan pengidap kanser. Sama ada senaman boleh mengurangkan risiko terjatuh di kalangan pengidap kanser dan mereka yang telah sembuh daripada kanser masih tidak jelas. Ulasan ini direkabentuk untuk menentukan kesan senaman dalam mengurangkan di kalangan pengidap kanser dan mereka yang telah sembuh daripada kanser.

Ciri-ciri kajian

Dalam Julai 2018, kami mencari kajian-kajian klinikal mengenai senaman untuk mengurangkan risiko terjatuh pada pengidap kanser dewasa dan mereka yang telah sembuh daripada kanser. Kami menemui 11 kajian berbagai kualiti dan saiz, melibatkan sejumlah 835 orang, yang membandingkan senaman kepada penjagaan biasa. Kebanyakan kajian adalah sangat kecil, empat daripada kajian ini melibatkan kurang dari 30 orang peserta kajian di dalam kajian mereka. Hanya satu kajian melaporkan kadar terjatuh. Kesemua 11 kajian melaporkan satu atau lebih langkah yang merupakan faktor-faktor risiko untuk terjatuh (contoh, kekuatan, keanjalan dan keseimbangan).

Kualiti bukti

Kami menilai kualiti bukti dari kajian-kajian menggunakan empat peringkat: sangat rendah, rendah, sederhana, atau tinggi. Kualiti bukti yang sangat rendah bermakna kami sangat tidak pasti tentang keputusannya. Bukti berkualiti tinggi bermakna kami sangat yakin dengan keputusannya. Kualiti bukti kajian-kajian ini adalah sangat rendah hingga rendah merentangi semua ukuran-ukuran yang mahu dinilai. Terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti dalam rekabentuk kesemua kajian termasuk bilangan peserta yang kecil. Tidak ada kajian yang dapat mencegah peserta daripada mengetahui rawatan mereka dan yang menyebabkan terjadianya bias.

Penemuan-penemuan utama

Hanya satu kajian melihat kepada kesan senaman ke atas risiko terjatuh dan mendapati tiada perbezaan pada bilangan terjatuh diantara mereka yang bersenam dan mereka yang tidak bersenam (bukti berkualiti sangat rendah). Oleh itu, terdapat data yang tidak mencukupi untuk membuat kesimpulan mengenai kesan-kesan senaman ke atas pengurangan risiko terjatuh bagi pengidap kanser dan mereka yang telah sembuh daripada kanser. Terdapat penambahbaikan pada beberapa faktor yang diketahui mempengaruhi risiko terjatuh; kami mendapati penambahbaikan dalam beberapa ukuran kekuatan, keanjalan dan keseimbangan di dalam kumpulan yang melakukan senaman, walaupun keseluruhan bukti ini berkualiti sangat rendah hingga rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information