Kesan pemberian hormon hamil ke dalam rahim wanita subsubur yang menjalani reproduksi terbantu

Soalan Ulasan

Adakah pemberian hormon hamil ke dalam rahim wanita ‘subfertile’ yang menjalani reproduksi terbantu bermanfaat?

Latar belakang

Subkesuburan mempengaruhi 15% pasangan dan ditakrifkan sebagai ketidakupayaan untuk hamil secara semula jadi selepas 12 bulan hubungan seks regular tanpa perlindungan. Reroduksi terbantu merujuk kepada prosedur yang melibatkan pengendalian kedua-dua sperma dan telur di makmal untuk menjadi embrio dan dipindahkan ke dalam rahim (pemindahan embrio (ET)). Pemberian hormon hamil semulajadi atau sintetik ke dalam rahim wanita subsubur yang menjalani rawatan reproduksi terbantu adalah satu pendekatan baru yang mungkin meningkatkan kemungkinan untuk mendapat bayi.

Ciri-ciri kajian

Kami telah menilai 17 kajian (4751 wanita) membandingkan pemberian hormon hamil berbanding tiada hormon. Hormon semulajadi atau sintetik diberi pada pelbagai dos pada masa berlainan sebelum ET.

Keputusan-keputusan utama

Kadar kelahiran hidup dalam kalangan wanita yang mempunyai tiga hari ET dengan gonadotropin korionik manusia yang diberi ke dalam uterus (IC-hCG) pada dos <500 IU berbanding wanita yang mempunyai tiga hari ET tanpa hormon hamil menunjukkan tiada rmanfaat kepada intervensi dan konsisten dengan tiada perbezaan substantif atau kekurangan dalam magnitud yang tidak dapat ditentukan (bukti berkualiti sangat rendah: satu kajian; 280 wanita). Di klinik dengan kadar kelahiran hidup 49% setiap kitaran selepas tiga hari ET, penggunaan dos hormon hamil <500 IU akan dikaitkan dengan pelbagai kadar kelahiran hidup dari 28% hingga 50%.

Kadar kelahiran hidup meningkat dalam subkumpulan wanita yang mempunyai tiga hari ET dengan dos hormon hamil sebanyak 500 IU atau lebih tinggi berbanding wanita dengan tiga hari ET tanpa hormon hamil (bukti berkualiti sederhana: tiga kajian; 914 wanita). Di klinik dengan kadar kelahiran hidup sebanyak 27% setiap kitaran, penggunaan hormon hamil sebanyak 500 IU atau lebih tinggi akan dikaitkan dengan kadar kelahiran hidup yang berbeza-beza dari 36% hingga 51%.

Keputusan kajian-kajian menunjukkan tiada perbezaan substantif kelahiran hidup dalam kalangan wanita dengan lima hari ET dengan dos hormon hamil sebanyak 500 IU atau lebih tinggi berbanding wanita yang mempunyai lima hari ET tanpa hormon hamil (bukti berkualiti sederhana: dua kajian; 1666 wanita). Di klinik dengan kadar kelahiran hidup sebanyak 36% setiap kitaran, penggunaan dos hormon hamil sebanyak 500 IU atau lebih tinggi akan dikaitkan dengan kadar kelahiran hidup yang berbeza-beza dari 29% hingga 38%.

Kami tidak pasti sama ada pemberian sebaranga dos hormon hamil ke dalam rahim atau masa yang mempengaruhi keguguran (kualiti bukti sangat rendah: 11 kajian; 3927 wanita).

Bukti untuk kehamilan klinikal dalam kalangan wanita yang mempunyai tiga hari ET dengan dos hormon hamil <500 IU menunjukkan tiada faedah intervensi dan konsisten dengan tiada perbezaan substantif atau kekurangan magnitud yang tidak pasti (bukti berkualiti sangat rendah: satu kajian; 280 wanita) .

Kadar kehamilan klinikal telah meningkat dalam subkumpulan wanita yang mempunyai tiga hari ET dengan dos hormon hamil sebanyak 500 IU atau lebih tinggi berbanding dengan wanita yang mempunyai tiga hari ET tanpa hormon hamil (bukti berkualiti sederhana: 12 kajian; 2186 wanita).

Keputusan kajian-kajian menunjukkan tiada perbezaan substantif dalam kehamilan klinikal dalam kalangan wanita dengan lima hari ET dengan dos hormon hamil sebanyak 500 IU atau lebih tinggi berbanding wanita yang mempunyai lima hari ET tanpa hormon hamil (bukti berkualiti sederhana: empat kajian; 2091 wanita).

Tiada kajian rawak terkawal (RCTs) yang menyiasat lima hari ET dengan dos hormon hamil <500 IU.

Komplikasi lain yang dilaporkan dalam kajian termasuk kehamilan ektopik (di mana embrio berada di luar rahim), kehamilan heterotopik (di mana embrio berada di dalam dan di luar rahim), kematian janin, dan kembar tiga. Kejadian peristiwa adalah rendah, dan kekurangan bukti yang berkualiti sangat rendah membolehkan kami menentukan sama ada terdapat perbezaan di antara kumpulan-kumpulan.

Perlu ada kajian lanjut dengan kelahiran hidup sebagai hasil utama untuk mengenal pasti kumpulan wanita yang paling bermanfaat dari intervensi ini.

Kualiti bukti

Kualiti bukti berbeza-beza daripada sangat rendah hingga sederhana bergantung kepada hasilnya. Batasan utama untuk kualiti keseluruhan bukti adalah risiko bias yang tinggi dan ketidaktepatan yang serius.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal) Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save