Denervasi buah pinggang untuk meningkatkan hasil pada individu dengan rintangan hipertensi

Mesej utama:

Kami tidak tahu sama ada menggunakan denervasi buah pinggang boleh meningkatkan risiko kepada jantung, saluran darah dan buah pinggang pada orang yang mempunyai rintangan hipertensi.

Walau bagaimanapun, denervasi buah pinggang mungkin berkesan dalam menurunkan tekanan darah pada orang yang mempunyai rintangan hipertensi.

Apakah hipertensi tahan?

Rintangan hipertensi ialah satu keadaan di mana paras tekanan darah tinggi berterusan walaupun selepas beberapa ubat penurun tekanan darah (antihipertensi) diberikan pada dos yang tinggi. Ia dianggarkan 10% hingga 20% orang dengan hipertensi mempunyai rintangan hipertensi.

Apa yang kami ingin ketahui?

Denervasi buah pinggang ialah satu rawatan yang melibatkan pemusnahan saraf buah pinggang melalui teknik berasaskan kateter invasif minimum untuk merawat tekanan darah tinggi. Kami ingin mengetahui sama ada denervasi buah pinggang akan mengurangkan tekanan darah dengan selamat dan meningkatkan kualiti hidup pada orang dengan rintangan hipertensi.

Apa yang kami lakukan?

Kami mencari kajian yang membandingkan denervasi buah pinggang dengan rawatan lain atau tanpa rawatan bagi mereka yang mempunyai rintangan hipertensi.

Apa yang kami temui?

Kami menjumpai 15 kajian yang melibatkan lebih 1400 orang dengan rintangan hipertensi dan berlangsung dari 3 hingga 24 bulan.

Keputusan utama:

Setakat ini, kami tidak tahu sama ada penggunaan denervasi buah pinggang boleh meningkatkan risiko kepada jantung, saluran darah dan buah pinggang pada orang dengan rintangan hipertensi. Sebaliknya, denervasi buah pinggang mungkin berkesan dalam menurunkan tekanan darah pada orang dengan rintangan hipertensi.

Apakah batasan bukti tersebut?

Lebih banyak kajian yang melihat faktor penting kepada pesakit seperti kualiti hidup diperlukan. Kajian yang bertahan lebih lama dan mempunyai lebih ramai peserta diperlukan untuk mengetahui sama ada denervasi dapat menurunkan tekanan darah.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Ulasan ini mengemaskini ulasan yang terdahulu. Bukti adalah terkini sehingga November 2020

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (Hospital Keningau). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information