Berapa tepatkah ujian mini-cog apabila digunakan untuk menilai demensia dalam amalan umum?

Latar belakang dan rasional ulasan

Di kebanyakan tempat di dunia terdapat peningkatan bilangan orang dewasa yang lebih tua, dan aduan dan keadaan memori seperti penyakit Alzheimer dan bentuk demensia yang lain, sebagai hasilnya menjadi semakin kerap Kebanyakan individu yang mengalami masalah ingatan akan terlebih dahulu mencari penjagaan atau dikenalpasti dalam sistem penjagaan kesihatan melalui penyedia penjagaan kesihatan utama mereka, yang mungkin termasuk doktor keluarga atau jururawat. Oleh itu, terdapat keperluan untuk alat yang dapat mengenal pasti individu yang mungkin mengalami demensia atau masalah ingatan yang ketara. Alat-alat ini juga harus mengecualikan demensia pada individu-individu yang mempunyai aduan memori yang tidak mempunyai demensia atau masalah ingatan yang ketara. Alat sedemikian dalam penjagaan primer haruslah mudah digunakan, cepat digunakan, dan tepat agar dapat digunakan dalam penjagaan primer dan pada masa yang sama tidak menyebabkan lebih atau kurang diagnosis demensia. Mini-Cog, alat pemeriksaan kognitif ringkas, telah dicadangkan sebagai ujian pemeriksaan mungkin untuk demensia dalam penjagaan primer kerana ia telah dilaporkan tepat dan mudah untuk diberikan dalam penjagaan primer. Mini-Cog terdiri daripada tugas ingatan yang melibatkan mengingatkan semula tiga perkataan dan penilaian tugas lukisan jam.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari pangkalan data elektronik untuk artikel yang menilai Mini-Cog dan bukti ini adalah terkini sehingga Januari 2017. Tujuan ulasan kami adalah untuk membandingkan ketepatan Mini-Cog untuk mendiagnosis demensia dari sebarang jenis dalam tetapan penjagaan utama jika dibandingkan dengan penilaian mendalam yang dijalankan oleh pakar demensia. Kami melibatkan kajian yang menilai individu dengan pelbagai tahap demensia dan tidak kira sama ada ujian kognitif sebelumnya telah selesai sebelum Mini-Cog dijalankan. Secara keseluruhannya, ulasan kami mengenal pasti empat kajian yang dijalankan dalam tetapan penjagaan primer yang membandingkan ketepatan Mini-Cog kepada penilaian terperinci demensia oleh pakar demensia.

Kualiti bukti

Daripada empat kajian dalam ulasan ini, satu kajian mempunyai batasan tentang cara Mini-Cog dinilai, yang mungkin menyebabkan terlalu banyak ketaksempurnaan dalam ketepatan Mini-Cog dalam kajian-kajian lain. Terutama sekali, isu yang paling bermasalah dalam kualiti kajian yang berkaitan dengan cara peserta dipilih untuk mengambil bahagian dalam kajian penyelidikan, yang mungkin memberi sumbangan lebih lanjut kepada anggaran berlebihan pada ketepatan Mini-Cog dalam kebanyakan kajian yang terdapat dalam ulasan kami.

Keputusan utama

Keputusan kajian yang berkualiti paling tinggi Holsinger 2012 mendapati bahawa Mini-Cog mempunyai sensitiviti sebesar 76%, bermakna bahawa Mini-Cog gagal mengesan hingga 24% dari individu yang mengalami demensia (seperti negatif palsu). Dalam kajian yang sama, spesifisiti Mini-Cog adalah 73% yang bermakna bahawa sehingga 27% individu mungkin salah dikenal pasti sebagai demensia pada Mini-Cog apabila individu-individu ini sebenarnya tidak mempunyai demensia (misalnya positif palsu) . Kami membuat kesimpulan bahawa pada masa ini tiada bukti yang mencukupi untuk menyokong penggunaan rutin Mini-Cog sebagai ujian saringan untuk demensia dalam penjagaan primer dan kajian tambahan diperlukan sebelum menyimpulkan bahawa Mini-Cog berguna dalam tetapan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save