Rawatan kelakuan kognitif untuk gangguan penggunaan perangsang jenis amphetamine

Apakah tujuan ulasan ini?

Tujuan ulasan Cochcrane ini adalah untuk mengetahui sama ada rawatan kelakuan kognitif (CBT) berkesan untuk rawatan pesakit dengan gangguan penggunaan perangsang jenis amphetamine (ATS). Penyelidik dalam Drugs and Alcohol Group of Cochrane mengumpul dan menganalisis semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini dan telah menemui dua kajian.

Mesej-mesej utama

Bukti terkini tidak mencukupi untuk membuat sebarang cadangan rawatan berdasarkan bukti untuk populasi pengguna.

Apakah yang telah dikaji dalam ulasan ini?

ATS merupakan satu kumpulan perangsang sintetik dan penggunaan mereka telah merebak secara meluas di peringkat global. Jenis ubat ini adalah tinggi ketagihannya dan penggunaan dalam masa yang lama mampu mengakibatkan simptom mental and fizikal bersiri termasuklah keresahan, kekeliruan, insomnia (kesukaran tidur), kegangguan mood, kecacatan kognitif (kesukaran memikir dan memahami), paranoia (perasaan tidak rasional bahawa orang lain ingin menganiayainya), halusinasi (di mana seseorang mengalami perasaan sesuatu yang tidak wujud di luar minda mereka sendiri) dan khayalan (satu kepercayaan yang silap).

Pada masa kini, tiada rawatan yang diterimapakai secara meluas untuk kegangguan penggunaan ATS. Namun, CBT merupakan pilihan rawatan pertama yang lazim. Ia merupakan pendekatan rawatan psikologi (terapi bercakap) untuk mengubah pemikiran dan kepercayaan terganggu, dan kelakuan kurang sesuai (benda yang orang lakukan untuk mengelakkan mereka daripada melaraskan diri kepada situasi). Keberkesanan CBT untuk kegangguan penggunaan bahan lain (seperti kegangguan penggunaan alkohol, opioid dan kokain) telah didokumentasikan dengan baik dan seperti begitu pendekatan rawatan asas tersebut telah diaplikasikan dalam kegangguan penggunaan ARS. Jenis terapi tersebut dijangka dapat mencegah perulangan dan mengurangkan penggunaan dadah.

Apakah keputusan-keputusan utama ulasan ini?

Pengarang ulasan menjumpai dua kajian yang layak. Kedua-dua kajian dijalankan di Australia. Satu kajian membandingkan satu sesi tunggal CBT pendek kepada kawalan senarai menunggu di mana peserta tidak menerima apa-apa rawatan sepanjang tempoh kajian. Satu kajian membandingkan CBT berdasarkan web kepada kawalan senarai menunggu. Kedua-dua kajian dibiayaai oleh Australian Government of Health and Ageing.

Ulasan tersebut menunjukkan bahawa apabila peserta menerima CBT, berbanding dengan kawalan senarai menunggu, tiada perbezaan dijumpai. Tiada bukti mencukupi untuk menyimpul bahawa CBT adalah berkesan atau tidak berkesan dalam rawatan kegangguan penggunaan ATS.

Sejauh mana status penilaian ini terkini?

Penulis ulasan mencari kajian-kajian yang diterbitkan sehingga Julai 2018.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save