Tahap natrium dialisat untuk hemodialisis kronik

Apakah isu-isunya?

Buah pinggang mengawal keseimbangan garam dan air dalam badan melalui pengeluaran air kencing. Apabila buah pinggang tidak lagi berfungsi, pengeluaran air kencing berhenti atau menjadi tidak mencukupi dan garam dan air perlu diuruskan menggunakan dialisis. Doktor yang menjaga pesakit hemodialisis mesti memilih jumlah natrium yang sesuai untuk digunakan dalam cecair dialisis yang digunakan untuk membersihkan darah pesakit. Sekiranya paras natrium dalam cecair ini terlalu tinggi, ini boleh menyebabkan pesakit merasa haus selepas rawatan, minum lebih banyak air dan menjadi terlalu banyak apabila rawatan seterusnya pada masa akan datang, yang boleh menyebabkan kerosakan jantung. Sebaliknya, jika tahap natrium terlalu rendah dalam cecair dialisis, ini akan menyebabkan pesakit mengalami kekejangan dan penurunan tekanan darah, yang tidak selesa dan berpotensi juga menyebabkan kerosakan jantung. Tahap sodium "sesuai" untuk cecair dialisis tidak diketahui.

Apa yang kami lakukan?

Kami menggabungkan semua kajian orang yang dirawat dengan hemodialisis di mana hasilnya dibandingkan antara orang yang menerima natrium rendah dalam cecair dialisis mereka dan mereka yang menerima tahap yang lebih tinggi.

Apakah yang kami jumpai?

Kami mendapati 12 kajian membandingkan tahap natrium rendah dalam cecair dialisis dengan tahap natrium yang neutral atau tinggi. Banyak kajian telah dilakukan sebelum 2000, mempelajari teknologi dan pesakit yang tidak selalu relevan hari ini. Kebanyakannya adalah kajian jangka pendek, hanya berlangsung selama beberapa minggu. Penemuan utama kami dalam kajian ini adalah; bahawa natrium rendah dalam cecair dialisis meningkatkan tekanan darah dan mengurangkan pengambilan garam dan air di antara rawatan dialisis, berkemungkinan perkara yang baik, tetapi meningkatkan bilangan kekejangan dan tekanan darah rendah yang dialami oleh pesakit semasa dialisis, yang pasti adalah perkara buruk. Kajian-kajian itu tidak memberikan maklumat yang mencukupi tentang pesakit yang terlibat untuk mengetahui sama ada pesakit mungkin mendapat manfaat daripada cecair dialisis natrium yang rendah, dan pesakit mungkin mendapat kesan buruk Kajian tidak memberikan maklumat muktamad tentang kesan cecair dialisis natrium yang rendah pada struktur dan fungsi jantung, atau kualiti hidup pesakit dan kelangsungan hidup.

Kesimpulan

Kami tidak pasti sama ada natrium rendah dalam cecair dialisis meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan bagi orang di hemodialisis, kerana terdapat campuran kesan yang mungkin baik atau buruk, dan kajian penyelidikan yang ada tidak direka (atau direka cukup baik) untuk belajar mengenai kesan intervensi pada jantung atau pada keseluruhan kesihatan pesakit dan kesejahteraan. Kajian muktamad yang lebih besar dan terkini diperlukan untuk menilai kesan sederhana dan jangka panjang paras natrium rendah dalam cecair dialisis, dan memberi maklumat pada lebih baik kepada pengamal klinikal.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save