Kebaikgunaan panduan protokol untuk mengurangkan tempoh masa bayi baru lahir dipasangkan dengan alat bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Neonatal

Soalan Ulasan

Adakah protokol berguna untuk mengurangkan tempoh masa bayi baru lahir dipasangkan dengan alat bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Neonatal?Latar Belakang

Alat bantuan pernafasan digunakan untuk membantu bayi yang baru lahir untuk bernafas apabila mereka terlalu sakit atau dilahirkan terlalu awal untuk bernafas sendiri. Akan tetapi, ventilasi mekanikal bukan tidak ada risiko, malahan ia boleh menyebabkan kerosakan (kekal) kepada paru-paru. Sebagai contoh, tekanan yang diperlukan untuk mengisi paru-paru dengan udara boleh memusnahkan pundi udara yang sangat rapuh, dan menyebabkan parut pada paru-paru. Atas sebab ini, ia adalah penting untuk mengenalpasti bayi yang baru lahir adalah matang dan cukup kuat untuk mula bernafas untuk diri sendiri, dan mengurangkan (weaning) tempoh sokongan ventilator. Malangnya, setakat ini masih tiada persetujuan semasa mengenai cara terbaik untuk memberhentikan kebergantungan (wean) alat bantuan pernafasan dari bayi yang baru lahir. Para penyelidik telah mengkaji kebaikgunaan protokol seragam untuk membimbing proses pemberhentian (weaning) dari alat bantuan pernafasan tersebut di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Bagi orang dewasa, 17 kajian protokol 'weaning' telah menunjukkan manfaat dalam membantu doktor dan jururawat memberhentikan alat bantuan pernafasan tersebut dengan cara yang selamat dan tepat pada masanya. Bagi kanak-kanak, tiga kajian tentang protokol 'weaning' telah menunjukkan ia kemanfaatan dalam mengurangkan masa pada alat bantuan pernafasan, tetapi kajian terlalu sedikit untuk menunjukkan kemudaratan kajian. Sehingga kini, kami tidak tahu jika protokol 'weaning' untuk neonat memberi manfaat atau kemudaratan. Walau bagaimanapun, protokol yang seragam telah memberi bukti kukuh tentang kebaikan protokol seragam dalam pemberhentian (weanin) alat bantuan pernafasan dalam penjagaan kanak-kanak.

Ciri-ciri kajian

Tujuan ulasan ini adalah untuk melihat sama ada penggunaan protokol 'weaning' dapat memberi kesimpulan mengenai amalan 'weaning' dalam penjagaan neonatal.

Keberhasilan utama
Kami mendapati tiada kajian yang melibatkan bayi yang baru lahir sebelum 28 hari hayat. Kami mendapati dua kajian dengan subpopulation bayi yang baru lahir, tetapi kita tidak dapat mengekstrak data dari kumpulan kecil ini daripada jumlah kumpulan yang dikaji.

Kualiti bukti

Setakat ini, tiada bukti membandingkan 'weaning' dengan protokol dan tanpa protokol bagi bayi baru lahir di unit rawatan rapi neonatal.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College).Disunting oleh Ernie Yap (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information