Pembebat antimicrobial yang dilekatkan pada kateter vena pusat dalam pengurangan jangkitan berkait dengan kateter pada bayi-bayi yang baru lahir

Soalan ulasan: Dalam bayi-bayi baru lahir yang memerlukan kateter vena pusat, adakah penggunaan pembebat kateter dengan antiseptik atau antibiotik berbanding dengan tanpa pembebat, mengurangkan jangkitan berkait kateter?

Latarbelakang: Kateter vena pusat (CVCs) adalah tiub kecil yang dimasukkan ke dalam vena untuk memberi cecair, ubatan dan nutrisi intravena kepada pesakit yang sakit. Risiko CVCs diketahui ramai dan boleh menyebabkan jangkitan-jangkitan yang mungkin mengakibatkan kematian atau penyakit-penyakit yang serius.Bayi baru lahir mudah terdedah kepada risiko ini kerana dari satu segi, mereka memerlukan CVCs untuk mengekal nyawa tetapi dari segi lain, mereka berisiko tinggi mendapat komplikasi disebabkan kulit mereka yang nipis dan sistem pertahanan badan yang kurang matang.

Beberapa langkah telah diwujudkan untuk mengurangkan jangkitan-jangkitan pada bayi baru lahir.Ia termasuk kebersihan tangan untuk penjaga-penjaga, pembersihan kulit untuk bayi-bayi, antibiotik dan modifikasi kateter seperti menggunakan antiseptik atau pembebat kateter yang bersalut antibiotik atau tampalan yang boleh diletakkan ke atas kulit di tempat kemasukan kateter.Walaupun langkah-langkah ini berpotensi, penilaian berterusan diperlukan.Dalam ulasan ini, kami mensintesiskan bukti-bukti terkini tentang keberkesanan dan keselamatan pembebat antiseptik atau antibiotik sebagai sebahagian penjagaan CVC bagi bayi baru lahir yang sakit.

Tarikh pencarian: Kami telah melakukan pencarian dalam pelbagai database perubatan pada September 2015.

Ciri-ciri kajian: Tiga kajian (jumlah peserta: 855) memenuhi kriteria kemasukan yang ditetapkan. Terdapat dua perbandingan utama: i)pembebat chlorhexidine dan pembersihan kulit beralkohol bertentang pembebat polyurethane standard dan pembersihan kulit dengan povidone-iodine (dari satu kajian yang besar), dan ii) penampalan 'silver-alginate' bertentang satu kumpulan kawal tanpa penampalan (dari dua kajian yang kecil).Kualiti kajian-kajian yang terlibat adalah tinggi kecuali orang-orang yang terlibat rapat dalam kajian seperti kakitangan yang memberi jagaan tidak dirahsiakan dari pengetahuan sama ada bayi-bayi dalam kajian diberikan pembebat antiseptik atau antibiotik, yang mana mungkin boleh menjejaskan rakaman atau tafsiran keputusan.

Sumber pembiayaan kajian: Salah satu kajian telah dibiayai sebahagiannya oleh Johnson dan Johnson Medical; Yayasan kanak-kanak; Hospital Kanak-kanak, Milwaukee dan Institut Kesihatan Kebangsaan. Satu lagi kajian dibiayai oleh Dana Penyelidikan NICU Vanderbilt.Punca pembiayaan kajian tidak di nyatakan dalam kajian yang ketiga.

Keputusan utama : . Dalam penemuan utama kami, pembebat chlorhexidine/pembersihan kulit dengan alkohol tidak memberi sebarang perbezaan kepada jangkitan aliran darah berkait kateter, 'catheter-related blood stream infection' (CRBSI) dan jangkitan aliran darah ('sepsis') tanpa sumber yang boleh dikenal pasti, walaupun ia mengurangkan dengan ketara peluang pelekatan mikro organisma dalam CVCs (colonisasi kateter), dengan purata penurunan risiko sebanyak 9% di kalangan bayi baru lahir dan risiko asas sebanyak 24% (1 kajian, 655 bayi) Walau bagaimanapun, bayi-bayi yang telah menerima pembebat chlorhexidine/pembersihan kulit beralkohol adalah lebih mudah mendapat kegatalan kulit ('contact dermatitis'), dimana 19 dari 355 bayi (5.7%) dalam kumpulan chlorhexidine mendapat komplikasi ini berbanding dengan tiada dari kumpulan yang menerima pembebat standard/pembersihan kulit povidone-iodine. Walau bagaimanapun, ianya tidak jelas sama ada pembebat atau cecair alkohol yang bertanggungjawab menyebabkan kegatalan kulit, sebab kumpulan yang dibanding tidak menggunakan cecair alkohol untuk pembersihan kulit.Dalam perbandingan lain, penampalan 'silver-alginate' tidak memberi perbezaan antara CRBSI dan kematian berbanding dengan tanpa pembebat, disamping tidak menyebabkan sebarang reaksi buruk.

Kualiti bukti: Terdapat bukit berkualiti sederhana untuk kesemua keputusan utama.Faktor utama yang mempengaruhi kualiti bukti adalah keputusan anggaran kurang tepat sebab julat efek yang berkemungkinan yang dikira adalah besar (selang keyakinan 95%).

Kesimpulan : Pembebat CVC chlorhexidine dengan pembersihan kulit beralkohol mendatangkan risiko tinggi kegatalan kulit berbanding pengurangan kolonisasi kateter yang sederhana. Untuk penampalan 'silver-alginate', bukti masih tidak mencukupi untuk memberi gambaran jelas tentang kebaikan dan keburukannya. Kami telah membuat cadangan untul kajian masa depan supaya menilai intervensi-intervensi ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information