Hasil ibu dan fetus berikutan kelahiran semula jadi faraj berbanding pembedahan caesarean (c-section) dalam kalangan wanita dengan gangguan pendarahan dan wanita pembawa

Soalan ulasan

Kami melihat bukti-bukti hasil ibu dan bayi berikutan kelahiran semula jadi faraj dan caesarean (c-section) dalam kalangan wanita dengan gangguan pendarahan dan pembawa. Ini adalah kemaskini ulasan terbitan yang lalu.

Latar belakang

Kami ingin mengulas cara yang paling selamat untuk melahirkan bayi dalam kalangan wanita dengan gangguan perdarahan dan wanita pembawa dan menilai masalah yang mungkin berlaku semasa melahirkan untuk ibu dan bayi dengan kedua-dua kaedah kelahiran.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 16 Febuari 2017.

Keputusan utama

Kami tidak dapat mencari sebarang kajian rawak terkawal untuk menganalisis cara yang paling selamat (sama ada kelahiran faraj semulajadi atau c-section) untuk melahirkan dan masalah yang dihadapi oleh ibu dan bayi semasa melahirkan dalam populasi ini. Memandangkan jarangnya gangguan -gangguan dan cabaran untuk melakukan kajian semasa hamil, adalah tidak mungkin sebarang kajian rawak terkawal akan dijalankan pada masa akan datang. Oleh itu, pengamal perubatan perlu membuat keputusan mengenai rawatan menggunakan bukti bertahap lebih rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save