Kaedah untuk menganggar kehilangan darah selepas kelahiran faraj untuk meningkatkan hasil kesihatan ibu.

Apakah isunya?

Perdarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage, PPH) adalah salah satu punca utama kematian ibu di seluruh dunia, kebanyakannya berlaku di negara berpendapatan rendah. Ini sering berlaku semasa peringkat ketiga bersalin, tempoh masa dari kelahiran bayi hingga pengusiran plasenta dan membran. Dalam tempoh ini, petugas kelahiran akan menilai berapa banyak darah yang telah ibu hilang.

Mengapakah ini penting?

Selalunya terdapat kehilangan darah selepas kelahiran bayi, tetapi apabila kehilangan ini menjadi berlebihan, ia dipanggil PPH. PPH yang teruk boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatan kepada ibu (morbiditi materna), dan kadang kala kematian, terutamanya di negara berpendapatan rendah dan sederhana. Jika kehilangan darah yang berlebihan dapat dikenal pasti awal, intervensi yang membantu mengesan aliran darah boleh dimulakan lebih awal dan meningkatkan hasil kesihatan bagi ibu. Oleh itu, ia adalah penting untuk mencari kaedah terbaik untuk mengukur kehilangan darah selepas kelahiran; sesuatu yang praktikal dalam semua setting kelahiran anak, termasuk negara yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Dalam banyak keadaan, petugas kelahiran menilai kehilangan darah dengan melihat jumlah darah yang hilang, dan menganggarkan isi padunya (anggaran visual). Walaupun kaedah ini tidak begitu tepat, ia boleh didapati dalam semua setting kelahiran anak. Dalam kaedah lain, petugas kelahiran akan meletakkan bekas cetek di bawah punggung ibu dan menimbang darah yang dikumpulkan, bersama dengan darah yang telah direndam ke dalam sebarang pad dan bahan. Ini dirujuk sebagai kaedah secara tidak langsung. Dalam satu kaedah langsung yang telah dirancang, satu 'penampan yang dikalibrasi' diletakkan di bawah punggung ibu dan diikat di pinggang, dengan bahagian corong yang dikalibrasi (yang menunjukkan berapa banyak darah yang ibu telah hilang) tergantung di antara kaki ibu. Terdapat juga kaedah yang lain, seperti pencelupan pewarna dan teknik radioaktif, tetapi ini adalah tidak praktikal dalam banyak setting persalinan.

Apakah bukti yang kami perolehi?

Kami telah mencari bukti pada Februari 2018 dan mendapati tiga percubaan rawak terkawal yang melibatkan lebih daripada 26,000 wanita. Dua kajian telah menyumbang data kepada analisis kami; satu kajian tidak mempunyai data bagi mana-mana keputusan untuk ulasan ini. Kesemua kajian dijalankan dalam hospital. Dua kajian dilaksanakan di India, yang lain dijalankan di 13 negara Eropah yang berbeza. Kajian-kajian ini memeriksa kaedah yang berbeza untuk menganggar kehilangan darah.

Satu kajian(dijalankan di 13 negara Eropah, yang melibatkan lebih daripada 25,000 wanita) membandingkan penggunaan penampan yang dikalibrasi (anggaran langsung) dengan anggaran visual (anggaran tak langsung). Bukti berkualiti sederhana menunjukkan terdapat kemungkinan kecil atau tiada perbezaan antara kaedah untuk risiko wanita yang mengalami keadaan yang serius (seperti kegagalan pembekuan darah, kegawatan fungsi liver, buah pinggang, dan otak, kemasukan ke dalam rawatan intensif); keperluan untuk transdusi darah; penggunaan cecair untuk mengekalkan tekanan darah; atau penggunaan ubat dalam membantu penguncupan rahim untuk menghentikan pendarahan. Perbicaraan tidak melaporkan jumlah wanita yang mengalami anemia selepas kelahiran, kehilangan darah sekurang-kurangnya 500 mL, atau jangkitan

Satu kajian (yang dijalankan di India, melibatkan 900 wanita) membandingkan penggunaan penampan yang dikalibrasi (anggaran langsung) untuk menimbang dan mengukur darah serta bahan-bahan berdarah (kaedah tidak langsung). Bukti yang berkualiti tinggi menunjukkan bahawa penampan yang dikalibrasi adalah lebih baik daripada mengukur darah dan bahan berdarah dalam mengesan kehilangan darah sekurang-kurangnya 500 mL. Bukti yang berkualiti rendah menunjukkan terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara kaedah yang diperlukan untuk pemindahan darah atau cecair untuk mengekalkan tekanan darah. Bukti yang berkualiti tinggi menunjukkan sedikit atau tiada perbezaan dalam penggunaan ubat-ubatan dalam membantu penguncupan rahim untuk menghentikan pendarahan. Kajian tersebut tidak melaporkan jumlah wanita yang mengalami anemia selepas kelahiran atau jangkitan, atau risiko mengalami keadaan yang serius (seperti kegagalan pembekuan darah, kegawatan fungsi liver, buah pinggang dan otak, atau kemasukkan ke dalam rawatan intensif) .

Apakah maksudnya?

Tiada bukti yang mencukupi untuk menyokong penggunaan satu kaedah daripada kaedah yang lain untuk menganggarkan kehilangan darah selepas kelahiran faraj. Kajian berkualiti tinggi yang mengukur keputusan penting seperti yang disenaraikan dalam ulasan ini adalah diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Ernie Yap Sze Wei. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save