Kemudaratan penggunaan ejen perangsang eritropoiesis "off label" bagi pesakit kritikal

Kesimpulannya

Ejen perangsang eritropoiesis (ESA) adalah ubat-ubatan yang merangsang pengeluaran sel darah merah. Ia boleh diberikan ke dalam vena atau di bawah kulit. Ia digunakan dalam kalangan pesakit kritikal, walaupun tidak dilesenkan oleh pihak berkuasa pemasaran untuk indikasi ini (iaitu "off label"). Kami tidak dapat mencari kemudaratan yang relevan berkaitan dengan ubat-ubatan tersebut tetapi mendapati kesan bermanfaat terhadap kemungkinan kematian, berdasarkan kualiti bukti sederhana hingga rendah.

Latar belakang

Pesakit kritikal sering mengalami penurunan jumlah sel darah merah atau tahap hemoglobin dalam darah mereka. Jika langkah-langkah pencegahan tidak berfungsi, transfusi darah penderma adalah satu rawatan berkesan tetapi ia membawa risiko yang diketahui termasuk reaksi alahan/imunologik, isipadu dan beban elektrolit lampau dan jangkitan. Selain itu, ESAs boleh digunakan untuk merangsang sendiri pengeluaran sel darah merah seseorang. Namun, ini perlu diimbangkan dengan risiko yang berkaitan dengan ESA, yang tidak dilesenkan oleh pihak berkuasa pemasaran untuk orang yang paling kritikal.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari 10 pangkalan data untuk kajian di mana ESA digunakan untuk merawat pesakit kritikal. Bukti adalah terkini sehingga Februari 2017. Kami mendapati 53 kajian, melibatkan 945,240 peserta yang dirawat dengan epoetin-alfa, epoetin-beta dan darbepoetin-alfa atau plasebo. Kelima-lima kajian sedang menunggu klasifikasi.

Keputusan utama

Berdasarkan bukti yang berkualiti rendah terutamanya, kami tidak dapat mengecualikan kemudaratan relevan dari segi kesan buruk ESA. 'Kesan buruk' termasuk sebarang peristiwa mudarat dan masalah bekuan darah dalam vena. Walau bagaimanapun, kami mendapati bukti yang berkualiti rendah untuk kesan perlindungan ke atas risiko kematian keseluruhan dalam kalangan pesakit kritikal.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save