Intervensi untuk pesalah dengan masalah kesihatan mental yang menggunakan dadah

Apakah matlamatnya?

Untuk mengenal pasti terapi bagi mengurangkan penggunaan dadah dan/atau kegiatan jenayah dalam kalangan orang yang terlibat dengan keadilan jenayah dan bermasalah kesihatan mental.

Apakah mesej utama?

Intervensi komuniti terapeutik dan mahkamah rawatan kesihatan mental boleh membantu orang untuk mengurangkan penggunaan dadah dan/atau kegiatan jenayah.

Apakah yang dikaji?

Terapi yang dikenal pasti untuk menyokong keadilan jenayah melibatkan orang bermasalah kesihatan mental dan penyalahgunaan dadah.

Apakah keputusannya?

■ Apabila lelaki yang terlibat dengan intervensi komuniti terapeutik dibanding dengan rawatan biasa, mereka mungkin kurang ditangkap atau kembali ke penjara (kepastian sederhana).

■ Apabila wanita terlibat dengan intervensi komuniti terapeutik berbanding kursus tingkah laku kognitif, mereka mungkin tidak lebih cenderung untuk mengurangkan kegunaan dadah, atau terlibat dalam kegiatan jenayah/jenayah berkaitan dadah (kepastian rendah).

■ Apabila lelaki terlibat dengan komuniti terapeutik dibanding dengan tiada intervensi, mereka mungkin kurang cenderung untuk kembali ke penjara (kepastian sederhana).

■ Apabila juvana terlibat dengan mahkamah kesihatan mental dibanding dengan rawatan biasa, mereka mungkin kurang cenderung melakukan jenayah baharu, kembali ke penjara, atau mengambil dadah (kepastian rendah).

■ Apabila juvana yang melibatkan diri dengan temubual/pemikiran dorongan dan kemahiran kognitif, mereka mungkin kurang cenderung menunjukkan kurang masalah berbanding yang menerima latihan relaksasi (kepastian sederhana).

■ Apabila orang yang melibatkan diri dengan temubual/pemikiran dorongan dan kemahiran kognitif, mereka mungkin tidak lebih cenderung untuk melaporkan penurunan/abstinens penggunaan dadah berbanding dengan kumpulan kawalan daftar tunggu (kepastian rendah).

■ Kami tidak pasti sama ada orang yang terlibat dalam temubual/pemikiran dorongan dan kemahiran kognitif tidak lebih cenderung untuk melaporkan pengurangan penggunaan ganja, ujian dadah positif, atau ditangkap semula berbanding rawatan biasa (kepastian sangat rendah) .

■ Apabila keluarga dan juvena melibatkan diri dalam terapi pelbagai sistem, mereka mungkin lebih cenderung untuk melaporkan pengurangan dependens dadah atau ditangkap semula berbanding dengan rawatan biasa atau kumpulan salahguna dadah (kepastian rendah).

■ Kami tidak pasti sama ada orang yang terlibat dalam psikoterapi interpersonal tidak lebih cenderung menggunakan dadah semula berbanding kumpulan intervensi psikologi (kepastian sangat rendah).

■ Kami tidak pasti sama ada orang yang terlibat dalam perkhidmatan pembelaan legal dan perkhidmatan bungkusan tidak lebih cenderung melakukan kesalahan baharu berbanding perkhidmatan pembelaan legal sahaja (kepastian sangat rendah).

Sumber pembiayaan termasuk institusi kerajaan, badan penyelidikan, atau badan amal.

Adakah ulasan ini terkini?

Februari 2019.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@hotmail.com.

Tools
Information