Penjagaan hospital pesakit dalam berbanding dengan penjagaan pesakit luar atau harian untuk pesakit dengan masalah pemakanan

Mengapakah ulasan ini penting?

Garis panduan praktis klinikal internasional mencadangkan bahawa secara keseluruhannya, pesakit dengan penyakit pemakanan patut menerima rawatan mereka dalam persekiratan pesakit luar. Kebanyakan pesakit juga pilih untuk mengelakkan kemasukan hospital, kerana ia mengambil lebih banyak masa dan sumber. Namun, tidak diketahui jika penjagaan pesakit luar adalah sama berkesan seperti penjagaan pesakit dalam atau setengah (hari) hospital yang lebih intensif, atau jika ia lebih diterima oleh pesakit. Mereka yang mempunyai risiko medikal atau psikiatri untuk bahaya atau bunuh diri, dan mereka yang mempunyai anoreksia nervosa yang kurang berat badan dengan serius atau berat badan yang sedang menurun secara mendadak mungkin adalah tidak selamat untuk berada dalam persekitaran pesakit luar.

Siapakah yang akan berminat dengan ulasan ini?

Pesakit yang mengalami pengalaman penyakit pemakanan dan orang yang menjaga mereka akan berminat terhadap ulasan ini.

Kajian mana yang telah dimasukkan ke dalam ulasan ini?

Kami mencari pangkalan data perubatan dan pendaftaran kajian untuk mengenalpasti kajian rawak terkawal yang membandingkan penjagaan pesakit dalam kepada penjagaan setengah hospital atau penjagaan pesakit luar, secara bersendirian atau dalam kombinasi, sehingga Julai 2018. Kami menyertakan empat kajian yang melibatkan 511 peserta dengan anoreksia nervosa, dan satu kajian dengan 55 peserta dengan bulimia nervosa.

Apakah maklumat yang diperolehi daripada bukti ulasan ini?

Tiada bukti yang cukup daripada kajian untuk menyokong sebarang persekitaran kitaran untuk pesakit dengan anoreksia nervosa, bulimia nervosa, atau penyakit pemakanan lain. Tiada perbezaan ketara wujud dalam peningkatan berat badan untuk pesakit dengan anoreksia nervosa yang dirawat dalam persekitaran lain, tetapi mereka kelihatan lebih cenderung untuk melengkapkan rawatan apabila sesetengah atau semua daripadanya dilakukan dalam persekitaran luar dari hospital. Bukti adalah berkualiti rendah atau sangat rendah, jadi kami tidak pasti tentang keputusan tersebut.

Apa yang sepatutnya berlaku selepas ini?

Kami memerlukan lebih banyak kajian membandingkan pesakit dalam dengan pesakit luar atau penjagaan harian untuk pesakit dengan anoreksia nervosa dan penyakit pemakanan lain, apabila ia selamat secara amalan perubatan untuk mempertimbangkan persekitaran penjagaan kurang intensif.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save