Transfusi sel darah merah yang disimpan untuk jangka masa yang lebih pendek berbanding dengan sel darah merah yang disimpan untuk jangka masa yang lebih lama dalam semua keadaan

Soalan ulasan

Untuk orang yang memerlukan transfusi darah, adakah lebih baik untuk memberi darah yang disimpan untuk tempoh yang lebih pendek berbanding dengan yang lebih lama?

Latar belakang

Selepas menderma, sel darah merah (darah) boleh disimpan hingga 42 hari sebelum ditransfusikan kepada orang yang memerlukan transfusi darah. Ia adalah tidak diketahui bahawa darah yang disimpan selama ini berbahaya, terutama pada kumpulan pesakit yang rentan, seperti mereka yang memerlukan rawatan intensif.

Ciri-ciri kajian

Kami menyiasat hasil jika memberi transfusi:

- darah disimpan untuk jangka masa pendek berbanding darah yang disimpan lebih lama, dan

- darah disimpan untuk jangka masa pendek berbanding darah yang disimpan untuk jangka masa standard (‘tempoh penyimpanan amalan standard’; tempoh ini berbeza antara hospital)

kepada sesiapa yang memerlukan transfusi darah.

Kami mencari literatur perubatan sehingga 20 November 2017. Kami mengenal pasti 22 kajian yang merangkumi 42,835 peserta (bayi baru lahir berumur kurang daripada 4 minggu (neonatus), kanak-kanak serta orang dewasa). 11 kajian (2249 peserta) membandingkan transfusi darah yang disimpan untuk jangka masa pendek berbanding transfusi darah yang disimpan untuk jangka masa lebih lama, dan 11 kajian lain (40,588 peserta) membandingkan transfusi darah yang disimpan untuk jangka masa pendek berbanding transfusi darah yang disimpan untuk tempoh penyimpanan amalan standard.

Kualiti bukti

Kami menilai kualiti bukti untuk hasil kami yang berkisar dari kualiti sangat rendah hingga sederhana. Pertimbangan ini adalah berdasarkan jumlah percubaan dan peserta yang menyumbangkan data untuk setiap hasil, seberapa serupa hasil di antara percubaan serta kebolehpercayaan kaedah yang digunakan dalam percubaan tersebut. Penyelidikan masa depan sangat berkemungkinan akan mengubah penemuan hasil yang dinilai berkualiti sangat rendah, tetapi kurang berkemungkinan untuk mengubah penemuan hasil lain, seperti risiko kematian, yang mana kami menilai bukti sebagai sederhana.

Keputusan utama
Transfusi darah disimpan untuk jangka masa lebih pendek berbanding dengan darah yang disimpan untuk jangka masa yang lebih lama

Lapan kajian memberi fokus pada orang dewasa, dua kajian pada kanak-kanak dengan anemia serius (jumlah darah rendah) serta dua kajian pada bayi neonatus dengan berat lahir rendah. Untuk orang dewasa yang menjalani pembedahan, transfusi darah yang disimpan untuk jangka masa lebih pendek berbanding dengan darah yang disimpan untuk jangka masa yang lebih lama mungkin akan menyebabkan sedikit atau tidak ada perbezaan risiko kematian sehingga 30 hari tetapi kualiti bukti adalah sederhana. Dalam kanak-kanak, kami tidak pasti sama ada transfusi darah disimpan untuk jangka masa lebih pendek meningkatkan atau menurunkan risiko kematian kerana kualiti bukti adalah sangat rendah.

Transfusi darah disimpan untuk jangka masa yang lebih pendek berbanding dengan amalan penyimpanan darah standard

Lapan kajian memberi fokus pada orang dewasa, yang mana kebanyakannya berada dalam hospital. Tiga kajian mendaftarkan neonatus yang dalam keadaan kesakitan kritikal. Transfusi darah yang disimpan untuk jangka masa lebih pendek berbanding dengan darah yang disimpan berdasarkan amalan penyimpanan darah standard mungkin akan menyebabkan sedikit atau tidak ada perbezaan risiko kematian pada orang dewasa dalam 30 hari selepas transfusi. Sama ada transfusi darah yang disimpan jangka masa pendek meningkat atau menurunkan risiko kematian pada neonatus dalam keadaan kesakitan kritikal hingga 30 hari selepas transfusi adalah tidak pasti kerana kualiti bukti sangat rendah.

Dua kajian pada orang dewasa dalam keadaan kesakitan kritikal memberikan informasi tentang kesan sampingan terhadap transfusi, tetapi memberikan hail yang bertentangan. Terdapat satu kajian mendapati lebih banyak transfusi dikaitkan dengan demam pada peserta yang menemukan darah yang disimpan untuk jangka masa lebih pendek berbanding dengan mereka yang menerima darah disimpan mengikuti amalan penyimpanan darah standard, satu lagi mendapati tidak ada perbezaan antara kedua-dua kumpulan.

Kesimpulan

Kami memerhatikan tidak ada perbezaan yang jelas dalam risiko kematian pada waktu yang berbeza antara transfusi darah yang disimpan untuk jangka masa lebih pendek berbanding dengan darah yang disimpan untuk jangka masa lebih lama atau berbanding dengan darah disimpan mengikuti amalan penyimpanan darah standard.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Lee Pei Yee (Hospital Selayang). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information
Share/Save