Intervensi untuk merawat loya yang teruk dan muntah-muntah semasa mengandung (hiperemesis gravidarum)

Apakah isu ini dan mengapa ia penting?

Walaupun loya yang teruk dan muntah semasa kehamilan (hiperemesis gravidarum) jarang menyebabkan kematian, ia adalah penyakit yang membawa kesan-kesan emosi, fizikal, dan ekonomi. Wanita mungkin memerlukan rawatan hospital dan mungkin tidak dapat bekerja dan ia kadang-kadang menyebabkan komplikasi kehamilan dan kesan yang buruk kepada bayi seperti berat lahir rendah. Terdapat banyak farmaseutikal, "complementary" dan " alternative" terapi yang sedia ada, dan objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan dan keselamatan intervensi untuk hiperemesis gravidarum.

Apakah bukti yang kita dapati?

Dua puluh lima kajian (yang melibatkan 2052 wanita) telah dimasukkan. Kajian-kajian tersebut memeriksa 18 perbandingan berbeza yang meliputi pelbagai intervensi termasuk akutekanan / akupunktur, rawatan pesakit luar, cecair intravena, dan pelbagai ubat-ubatan anti-penyakit yang biasa digunakan. Kualiti kajian termasuk adalah bercampur dan bagi kebanyakan hasil kajian adalah daripada kajian tunggal dengan jumlah bilangan peserta wanita yang rendah, dan ini menyumbangkan kualiti bukti yang rendah atau sangat rendah. Di sini kami telah menyatakan hasil kajian untuk perbandingan penting yang terpilih, perbandingan lain diterangkan secara terperinci dalam teks utama.

Tidak ada bukti yang jelas tentang perbezaan antara akupunktur dan plasebo untuk gejala kebimbangan atau kemurungan, keguguran spontan, kelahiran pramatang atau kematian perinatal.

Tiada bukti yang cukup untuk mengenalpasti dengan jelas perbezaan antara akupunktur dan metoclopramide (ubat anti-loya) untuk pengurangan atau pemberhentian loya atau muntah-muntah.

Wanita yang mengambil vitamin B6 mempunyai penginapan hospital yang lebih panjang dibanding dengan plasebo tetapi tidak ada bukti yang jelas tentang perbezaan dalam keputusan lain, termasuk purata bilangan episod muntah-muntah, kadar kemasukan semula hospital, atau kesan sampingan.

Perbandingan antara dua ubat-ubatan anti-loya, metoclopramide dan ondansetron, dikenalpasti tiada perbezaan ketara dalam loya atau muntah kritikal, tetapi lebih wanita yang mengambil metoclopramide mengadu mengantuk dan mulut kering. Dalam satu kajian perbandingan metoclopramide dengan promethazine, lebih ramai wanita mengambil promethazine melaporkan mengantuk dan pening kepala tetapi tidak terdapat perbezaan yang jelas antara kumpulan untuk hasil penting yang lain termasuk kualiti hidup dan kesan sampingan yang lain. Dalam satu kajian dimana ondansetron berbanding dengan promethazine, masa penginapan hospital adalah lebih kurang sama, tetapi terdapat peningkatan ubat pelali dengan promethazine.

Mengenai kortikosteroid, tidak ada perbezaan pada hari-hari kemasukan hospital berbanding dengan plasebo, tetapi kadar kemasukan semula adalah lebih rendah di kalangan peserta-peserta yang menerima cortocosteroids. Untuk hasil penting yang lain termasuk komplikasi kehamilan, keguguran spontan, kelahiran mati dan kecacatan sejak lahir, kelahiran pramatang dan kesan sampingan, tiada bukti yang cukup untuk mengenalpasti perbezaan antara kumpulan.

Dalam satu kajian yang membandingkan hydrocortosone (kortikosteroid) dengan metoclopramide, tiada data untuk hasil yang utama, tetapi tidak ada perbezaan dalam kadar kemasukan semula hospital.

Dalam satu kajian yang membandingkan promethazine dan prednisolone (kortikosteroid) mereka yang menerima prednisolone bertambah loya pada 48 jam tetapi tidak pada 17 hari. Tiada perbezaan yang jelas dalam bilangan episod muntah-muntah. Bukti tidak cukup untuk mengenalpasti perbezaan antara kumpulan untuk kelahiran mati dan kematian neonatal dan kelahiran pramatang

Apakah maksud ini?

Memandangkan terdapat sedikit bukti untuk menyokong keunggulan satu intervensi atas yang lain dalam rawatan hiperemesis, kajian terkawal yang lebih besar diperlukan bagi terapi ini. Lebih banyak penyelidikan perlu dilakukan yang membandingkan kesan-kesan sampingan dan keselamatan, serta kos ekonomi dan faedah intervensi ini untuk membantu dalam pemilihan rawatan yang optimum.

Melaporkan tentang kesan buruk daripada keputusan ibu dan bayi adalah terhad dan kami tidak menjumpai sebarang kajian mengenai intervensi gaya hidup pemakanan atau lain-lain.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Lai Nai Ming, (School of Medicine, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save