Rawatan osteoporosis bagi pengidap ß-talasemia

Soalan Ulasan

Kami menganalisa bukti kesan dan keselamatan pelbagai jenis rawatan osteoporosis dalam pengidap ß-talasemia

Latar belakang

Osteoporosis menjejaskan ketumpatan tulang menjangkau masa dan membawa kepada penambahan risiko keretakan / patah tulang. Ianya adalah punca utama penyakit bagi pengidap ß-talasemia Kami ingin mencari rawatan paling berkesan yang terdapat bagi merawat osteoporosis dan menambahbaik kualiti kehidupan.

Tarikh pencarian

Bukti adalah terkini sehingga: 04 Febuari 2016.

Ciri-ciri kajian

Ulasan melibatkan empat kajian dengan 211 pengidap ß-talasemia berumur antara 10 tahun dan 58 tahun .Kajian membandingkan bisfosfonat (alendronate, clodronate dan neridronate dan pamidronate) dan zinc sulfat kepada samada kumpulan-kumpulan kawalan atau, dalam satu kajian di mana dos rawatan yang berbeza digunakan, dengan peserta yang dipilih untuk menjalani salah satu rawatan atau yang lain secara rawak. Tiga kajian telah dijalankan selama dua tahun, dengan satu yang terkini hanya melaporkan data 12-bulan dan satu kajian yang telah dijalankan selama 12 bulan.

Keputusan Utama

Tiga kajian menilai terapi bisfosfonat, dalam satu kajian (118 sukarelawan) terdapat peningkatan (yang cenderung kepada kumpulan rawatan) dalam ketumpatan mineral tulang di tulang belakang bahagian lumbar dan tulang pinggul / punggung pada enam dan 12 bulan dan di leher bahagian femoral hanya selepas 12 bulan. Dalam kajian kedua (25 sukarelawan), ketumpatan mineral tulang di tulang belakang bahagian lumbar bertambah selepas dua tahun rawatan dengan alendronate dan clodronate. Dalam kajian 12-bulan yang membandingkan dos-dos pamidronate yang berbeza (26 sukarelawan), kumpulan 60 mg melaporkan peningkatan yang lebih tinggi dalam ketumpatan mineral tulang di tulang belakang bahagian lumbar dan lengan berbanding dengan kumpulan 30 mg, tetapi tidak sedemikian di leher bahagian femoral.

Dalam kajian suplemen / tambahan zinc sulfat (42 sukarelawan), ketumpatan mineral tulang bertambah di tulang belakang bahagian lumbar dan tulang pinggul / punggung selepas 12 dan 18 bulan.

Terdapat pernyataan ketiadaan keretakan /patah tulang dalam satu kajian dan hasil ini tidak dilaporkan dalam tiga kajian.

Tidak terdapat kesan sampingan buruk yang dilaporkan dalam kajian yang membandingkan bisfosfonat kepada kawalan; walaupun dalam kajian neridronate penggunaan ubat tahan sakit adalah lebih rendah dan skor sakit belakang yang lebih rendah telah dilaporkan dalam kumpulan bisfosfonat. Kesan sampingan buruk tidak dilaporkan dalam kajian bisfosfonat yang membandingkan dos-dos yang berbeza atau dalam kajian suplemen / tambahan zinc sulfat.

Oleh itu, bukti menunjukkan penambahan ketumpatan mineral tulang di leher bahagian femoral, tulang belakang bahagian lumbar dan lengan selepas diberi bisfosfonat. Ini juga benar untuk tulang belakang bahagian lumbar dan tulang pinggul / punggung selepas ditambah zinc sulfat. Pengarang mengesyorkan kajian terkawal secara rawak berjangka panjang bagi melihat rawatan yang berbeza dengan bisfosfonat dan suplemen / tambahan zinc dijalankan seterusnya ke atas pengidap ß-talasemia yang mempunyai osteoporosis.

Kualiti bukti

Kualiti kajian yang dilibatkan adalah bercampur. Khususnya, walaupun kesemua kajian menyatakan peserta menerima rawatan yang berbeza secara rawak, dua darinya tidak menerangkan dengan terperinci cara mereka melakukannya. Juga, kesemua empat kajian tidak menerangkan cara mereka menyembunyikan dari pengetahuan peserta kumpulan mana peserta akan ditempatkan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my..

Tools
Information
Share/Save