Intervensi bersemuka berbanding jarak jauh dan web 2.0 untuk menggalakkan aktiviti fizikal

Kekurang aktiviti fizikal boleh meningkatkan risiko penyakit kronik, masalah fizikal dan kesihatan mental. Aktiviti fizikal berjadual harus menjadi matlamat semua orang dewasa kerana ia dapat memberi manfaat sosial, emosi dan kesihatan fizikal. Kebanyakan orang dewasa tidak mencapai tahap keaktifan yang disyorkan. Kami meneliti kajian-kajian yang membandingkan kedua-dua pendekatan dalam menggalakkan aktiviti fizikal (intervensi bersemuka dengan seorang ahli profesional berbanding penggunaan teknologi yang membolehkan prescripsi jarak jauh) untuk menentukan pendekatan yang lebih efektif. Kami memperolehi bukti dari kajian lain bahawa kedua-dua pendekatan ini adalah berkesan. Kami mendapati hanya satu kajian yang melibatkan 225 orang dewasa dalam literatur perubatan untuk menjawab soalan kami. Oleh itu, kami masih tidak dapat menentukan pendekatan yang paling efektif untuk menggalakkan aktiviti fizikal dan kecergasan kardio-pernafasan. Kami juga tidak dapat memberi komen yang sahih tentang kesan sampingan dan pengaruh kaedah penyampaian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Roshan Arjun Ananda (Monash University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information