Memulakan rawatan hipertensi dengan satu ubat berbanding kombinasi dua ubat

Latar belakang

Hipertensi (tekanan darah tinggi) adalah keadaan jangka panjang yang meningkatkan risiko masalah kesihatan seperti serangan jantung, strok atau penyakit buah pinggang. Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat hipertensi. Lama-kelamaan, seseorang sering memerlukan lebih daripada satu jenis ubat untuk mengawal tekanan darah. Apabila doktor mempreskripsi ubat-ubatan bagi mengurangkan tekanan darah untuk kali pertama, dia mempunyai dua pilihan, menggunakan hanya satu ubat (dikenali sebagai monoterapi) atau menggunakan dua ubat (dikenali sebagai terapi kombinasi). Terapi kombinasi boleh dalam satu tablet atau tablet yang berbeza. Kelebihan potensi menggunakan terapi kombinasi adalah tekanan darah boleh dikurangkan lebih cepat, tetapi kita tidak tahu samada ini adalah lebih baik atau lebih teruk untuk mengelakkan masalah-masalah kesihatan.

Ciri kajian

Kami melihat kepada kajian-kajian klinikal yang membandingkan memulakan rawatan hipertensi dalam kalangan dewasa dengan monoterapi berbanding memulakan terapi kombinasi. Kajian-kajian perlu melaporkan keputusan dalam aspek kematian, kejadian akibat penyakit jantung atau salur darah (serangan jantung, strok atau kegagalan jantung); kematian akibat penyakit jantung atau saluran darah, atau mana-mana kesan sampingan serius berkaitan kesihatan. Kami hanya memilih kajian dengan 50 atau lebih orang setiap kumpulan dan kajian mengambil masa sekurang-kurangnya 12 bulan. Bukti-bukti adalah terkini sehingga Februari 2016.

Keputusan utama dan ketepatan bukti

Kami menjumpai tiga kajian yang menepati kriteria kami dengan 233 orang dirawat dengan terapi kombinasi dan 335 dirawat dengan monoterapi. Walau bagaimanapun, kami tidak menjumpai data yang cukup untuk menjawab soalan kami. Kajian yang lebih besar adalah perlu yang membandingkan monoterapi dengan terapi kombinasi sebagai rawatan utama hipertensi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal).Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi hairulnizam@usm.my.

Tools
Information
Share/Save