Pengesanan kanser kaviti oral dan keadaan berpotensi malignan dalam golongan dewasa yang sihat.

Kanser mulut adalah satu keadaan serius dan hanya separuh yang mengalami penyakit tersebut dapat bertahan untuk lima tahun atau lebih.Ia sering didahului oleh lesi yang boleh dilihat, jika dikenal pasti awal, ia dapat dirawat dan mungkin melibatkan surgeri yang mudah dengan hasil yang lebih baik. Oleh itu, adalah penting untuk memahami kebaikan pelbagai ujian untuk mengesan kanser oral di peringkat awal dan lesi-lesi yang mendahuluinya. Kaedah paling lazim adalah pemerhatian visual oleh para klinikal, namun kaedah lain termasuklah penggunaan 'pewarna' biru, pencahayaan dengan cahaya khas dan pemeriksaan sendiri oleh individu. Sorotan ini mendapati pelbagai kaedah untuk membezakan antara mulut yang sihat dan lesi yang lebih serius atau kanser oral.Secara keseluruhan, pemeriksaan visual oleh petugas kesihatan barisan hadapan terbukti kaedah terbaikDi antara 59% dan 99% kanser mulut dikesan, walaupun kadangkala tisu normal di salah anggap sebagai kanser oral.Kaedah pemeriksaan lainnya tidak begitu baik untuk mengesan kanser mulut dan hanya dapat mengenalpasti kurang daripada sepertiga kes.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Melaka-Manipal Medical College) Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini,sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information
Share/Save