Pemeriksaan faraj rutin dalam proses bersalin

Untuk melahirkan bayi, serviks (pintu rahim) ibu perlu membuka kepada kira-kira 10 sentimeter ('mengembang'). Pemeriksaan faraj memberikan maklumat mengenai keluasan serviks mengembang, berapa banyak ia menipis dan kedudukan bahagian penyampaian bayi dalam pelvis ibu. Ini adalah sebahagian daripada penilaian kemajuan wanita dalam proses bersalin, walaupun mengetahui dilasi serviks wanita adalah susah untuk peramal yang bila dia akan bersalin. Corak dan kelajuan proses bersalin boleh berlainan dengan ketara dari wanita ke wanita, dan proses bersalin berlainan dalam wanita yang sama. Proses bersalin yang sangat perlahan boleh dikaitkan dengan kesukaran untuk kedua-dua ibu dan bayi. Proses bersalin yang luar baisa perlahan (dystocia) kadang-kadang boleh membawa kepada masalah saraf pada bayi dan inkontinens kencing dan tinja jangka masa panjang untuk ibu , terutamanya di negara-negara yang berpendapatan rendah. Pemeriksaan faraj bertujuan untuk meyakinkan wanita (dan kakitangan) bahawa seseorang wanita itu berada dalam proses bersalin biasa, dan memberi amaran awal jika ini bukan kes biasa. Di negara-negara yang berpendapatan rendah, ia boleh mengambil masa seketika untuk mendapatkan bantuan, dan pemeriksaan faraj mungkin membolehkan pemindahan yang sesuai dari persekitaran komuniti ke rawatan hospital. Jika proses bersalin perlahan, tetapi tidak abnormal, telah diberi diagnosa salah sebagai tidak normal, ini boleh membawa kepada intervensi yang tidak diperlukan seperti ubat-ubatan untuk mencuba melajukan proses bersalin atau pembedahan caesarean atau forsep untuk melahirkan bayi. Terdapat juga kebimbangan tentang pengenalan jangkitan kepada rahim dan bayi, terutamanya di negara-negara yang berpendapatan rendah dimana sarung tangan pakai buang, atau sarung tangan yang boleh diguna semula dan disinfektan, tidak tersedia ada. Di samping itu, sesetengah wanita mendapati proses pemeriksaan faraj tidak selesa atau membimbangkan, dan oleh itu adalah penting untuk bukti-bukti yang baik mengenai kegunaan pemeriksaan faraj. Kami mencari kajian untuk melihat berapakah berkesannya peperiksaan faraj rutin dalam proses bersalin untuk mengurangkan masalah untuk ibu-ibu dan bayi.

Kami mendapati dua kajian yang dijalankan dalam tahun 1990-an di negara-negara yang berpendapatan tinggi, tetapi kualiti mereka adalah tidak jelas. Satu kajian yang melibatkan 307 wanita, membandingkan pemeriksaan faraj dan rektum rutin dalam proses bersalin. Di sini, kurang wanita melaporkan bahawa pemeriksaan faraj adalah sangat tidak selesa berbanding dengan peperiksaan rektum. Kajian lain, yang melibatkan 150 wanita, membandingkan pemeriksaan faraj setiap dua jam dan empat jam, tetapi tiada perbezaan dapat dilihat dalam hasil.

Kami tidak mengenal pasti bukti yang meyakinkan untuk menyokong atau menolak, pemeriksaan faraj rutin dalam proses bersalin, walaupuni ini adalah amalan biasa di seluruh dunia. Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengetahui sama ada pemeriksaan faraj adalah langkah yang berguna untuk kemajuan proses bersalin yang normal dan tidak normal. Jika pemeriksaan faraj bukanlah satu langkah kemajuan yang baik, terdapat keperluan segera untuk mengenal pasti dan menilai satu langkah alternatif untuk memastikan hasil yang terbaik untuk ibu dan bayi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my

Tools
Information
Share/Save