Intervensi gaya hidup untuk gout kronik

Ringkasan ulasan Cochrane ini membentangkan apa yang kami tahu daripada penyelidikan mengenai kesan perubahan gaya hidup dalam rawatan penghidap gout kronik. Terdapat satu kajian yang termasuk dalam ulasan ini yang melihat kepada manfaat dan keselamatan memakan serbuk susu skim (SMP) diperkaya dengan dua komponen produk tenusu (glycomacropeptide (GMP) dan ekstrak G600 lemak susu) berbanding dengan susu skim standard atau serbuk laktosa dalam mengurangkan kekerapan serangan gout dalam tempoh tiga bulan.

Ulasan ini menunjukkan dalam orang dengan gout kronik:

Berbanding dengan susu skim standard atau serbuk laktosa, SMP diperkaya dengan GMP dan G600 mungkin tidak mengurangkan kekerapan serangan gout, tidak boleh meningkatkan fungsi fizikal, tetapi boleh mengurangkan kesakitan. Kami tidak tahu jika pengambilan produk tenusu meningkatkan saiz tophus (tophi adalah deposit kristal gout yang biasa ditemui dalam kulit, di permukaan sendi atau tulang rawan) atau tahap asid urik dalam darah, kerana semua ini tidak dilaporkan.

Kami tidak mempunyai maklumat yang tepat tentang kesan sampingan dan komplikasi. Kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah mual atau cirit-birit.

Apakah gout dan apakah intervensi gaya hidup?

Gout adalah satu bentuk keradangan sendi (arthritis) yang sangat biasa dan menyakitkan dan ia disebabkan oleh kristal urate yang membentuk sama ada di dalam atau di sekitar sendi. Keradangan ini boleh menyebabkan rasa sakit, kemerahan dan bengkak pada sendi terjejas dan ini menyebabkan kawasan yang dilibati sukar untuk menyentuh atau bergerak. Antara sebab-sebab mengapa orang mengalami gout meliputi faktor genetik, berat badan berlebihan, pengambilan ubat-ubatan tertentu (contohnya diuretik), mempunyai fungsi buah pinggang yang terjejas dan gaya hidup seperti minum alkohol dan minuman bergula secara berlebihan.

Walaupun ubat-ubatan adalah aspek yang paling utama dalam rawatan gout, mengetahui kaitan yang diketahui umum antara risiko-risiko gaya hidup tertentu dan gout, perubahan gaya hidup seperti mengurangkan berat badan, berhenti merokok, bersenam, meningkatkan pengambilan kopi dan produk tenusu, dan mengurangkan minuman manis, alkohol, daging dan makanan laut biasanya disyorkan untuk penghidap gout kronik.

Anggaran terbaik kesan-kesan terhadap orang dengan gout yang mengambil susu tepung skim yang diperkaya:

Serangan gout

Mereka yang mengambil susu tepung skim yang diperkaya mempunyai 0.21 kurang serangan gout sebulan pada bulan 3 (atau 2.5 kurang serangan gout setiap tahun).

- Mereka yang mengambil susu tepung skim yang diperkaya mempunyai 0.49 serangan gout sebulan (atau 6 serangan gout setiap tahun).

- Mereka yang mengambil susu tepung skim standard yang diperkaya atau laktosa mempunyai 0.70 serangan gout sebulan (atau 8 serangan gout setiap tahun).

Penarikan diri oleh peserta disebabkan kesan-kesan sampingan

Lebih 4 daripada 100 orang yang mengambil susu tepung skim yang diperkaya berhenti pengambilan suplemen pada bulan 3 (4% lebih penarikan diri. Perubahan mutlak daripada 10% lebih kurang sehingga 18% lebih banyak).

- 18 daripada 100 orang berhenti mengambil serbuk susu skim yang diperkaya.

- 14 daripada 100 orang berhenti mengambil susu tepung skim standard atau laktosa.

Kesakitan (skor yang lebih rendah bermakna kurang sakit)

Mereka yang mengambil susu tepung skim yang diiperkaya menilai kesakitan mereka 1 nilai lebih rendah pada skala kesakitan 0 hingga 10 (10% peningkatan mutlak; 20% hingga 1% peningkatan pada bulan 3.

- Mereka yang mengambil susu tepung skim yang diperkaya menilai kesakitan mereka 0.67 pada skala 0 hingga 10.

- Mereka yang mengambil susu tepung skim standard atau laktosa menilai kesakitan mereka 1.7 pada skala 0 hingga 10.

Fungsi fizikal (skor yang lebih rendah bermakna fungsi yang lebih baik)

Mereka yang mengambil susu tepung skim yang diiperkaya menilai fungsi fizikal mereka 0.03 lebih baik (0.14 lebih baik hingga 0.08 lebih teruk) pada skala 0 hingga 3 (1% peningkatan mutlak; 5% peningkatan hingga 3% lebih teruk) pada bulan 3.

- Mereka yang mengambil susu tepung skim yang diperkaya menilai fungsi fizikal mereka 0.08 pada skala 0 hingga 3.

- Mereka yang mengambil susu tepung skim standard atau laktosa menilai fungsi fizikal mereka 0.11 pada skala 0 hingga 3.

Kesan buruk yang serius

Lebih 1 daripada 100 orang yang mengambil susu tepung skim diperkaya melaporkan kesan sampingan serius.

- 5 daripada 100 orang yang mengambil susu tepung skim yang diperkaya melaporkan kesan sampingan serius.

- 4 daripada 100 orang yang mengambil susu tepung skim standard melaporkan kesan sampingan yang serius.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Di sunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Tools
Information