Soalan
Adakah latihan kemahiran berkomunikasi untuk profesional kesihatan mental memberikan manfaat kepada pesakit mereka yang mempunyai penyakit mental teruk?
Latar belakang
Kesihatan mental teruk (seperti skizofrenia atau gangguan skizofrenia) ialah mental, tingkah laku atau gangguan emosi yang sangat teruk mengganggu dengan, atau mengehadkan aktiviti hidup kehidupan seseorang untuk tempoh masa yang berpanjangan (seperti dari beberapa bulan kepada beberapa tahun).
Orang dengan masalah kesihatan mental teruk tidak selalunya mengikut pelan rawatan mereka. Komunikasi efektif antara profesional kesihatan dan pesakit mereka adalah bahagian penting untuk memastikan bahawa maklumat penting tentang pilihan rawatan dan mengekalkan hubungan dengan perkhidmatan adalah difahami dan diikuti oleh pesakit. Untuk pesakit yang mempunyai masalah kesihatan mental teruk, dan penjaga mereka, interaksi ini boleh menjadi mencabar. Terdapat beberapa hasil negatif untuk pesakit yang mempunyai masalah kesihatan mental teruk yang mengalami komunikasi tidak efektif dengan profesional kesihatan, yang termasuk pengasingan, peningkatan gejala dan kemungkinan kewajiban masuk ke hospital. Adalah difikirkan bahawa semasa kemahiran berkomunikasi digunakan oleh profesional kesihatan mental, pesakit mereka yang lebih berpuas hati dan mematuhi pelan rawatan mereka. Tambahan pula, hubungan profesional-pesakit adalah bahagian penting yang memberikan keyakinan kepada pesakit untuk menjadi pro-aktif dalam regimen rawatan mereka. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan bukti daripada percubaan rawak terkawal (RCTs) untuk membimbing amalan dalam bidang ini bagi orang yang mempunyai kesihatan mental teruk.
Carian-carian
Kami telah menjalankan carian untuk RCTs dengan menggunakan Cochrane Skizofrenia daftar untuk percubaan, dengan tarikh carian terkini pada Februari 2016. Hanya lima kajian yang mungkin ditemui dan daripada ini hanya satu kajian rintis yang boleh disertakan. Ia telah mengukur kesan terhadap latihan kemahiran berkomunikasi pesakit untuk keupayaan psikiatri dalam mengenal pasti dan menjelaskan salah faham semasa berkomunikasi dengan pesakit.
Keputusan
Kami berminat dengan kesan latihan kemahiran berkomunikasi melibatkan kepatuhan pesakit terhadap rawatan, kepuasan, keadaan mental, penggunaan perkhidmatan dan kualiti hidup. Kami hanya boleh menggunakan data yang dilaporkan untuk kepuasan pesakit terhadap rawatan, dengan hubungan terapeutik dan keadaan mental (gejala psikiatri). Lima bulan selepas rawatan, pesakit yang telah dirawat oleh psikiatri yang telah menerima latihan berkomunikasi mempunyai peningkatan sederhana dalam kepuasan dengan hubungan terapeutik berbanding dengan pesakit yang dirawat oleh psikiatri yang tidak menerima latihan. Kepuasan terhadap rawatan dan keadaan mental pesakit adalah sama antara kedua-dua kumpulan rawatan.
Kesimpulan
Kesemua keputusan adalah berdasarkan bukti berkualiti rendah yang tidak muktamad; bukti yang sedia ada adalah daripada satu percubaan rintis kecil, yang tidak cukup untuk membuat sebarang kesimpulan yang bermakna. Lebih banyak penyelidikan yang berkualiti tinggi diperlukan dalam bidang ini.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemahkan oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia).