Rawatan psikologi untuk mengurangkan kesakitan pada orang yang menjalani pembedahan jantung terbuka

Latar belakang

Sakit akut selepas pembedahan merupakan salah satu aduan yang paling dirunsingkan selepas pembedahan jantung terbuka. Ia adalah berkaitan dengan penyembuhan luka yang tidak sempurna, sakit kronik atau kemurungan. Rawatan psikologi bertujuan untuk memperbaik peserta pengetahuan dan untuk mengubah tekanan mental yang berkaitan dengan pembedahan, kepercayaan negatif dan ketidakpatuhan. Ia bertujuan untuk mengurangkan kesakitan dan kebimbangan, dan untuk membaikpulih pemulihan selepas pembedahan selepas pembedahan jantung terbuka.

Ini adalah kemas kini daripada satu kajian yang pernah diterbitkan dalam tahun 2014 menyiasat sama ada rawatan psikologi boleh berjaya mengurangkan kesakitan selepas operasi akut dan memperbaiki kursus pemulihan fizikal dan psikologi bagi orang yang menjalani pembedahan jantung terbuka.

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati terdapat 23 kajian, termasuk sejumlah 2669 peserta, yang dilaporkan kesan rawatan psikologi berbanding kumpulan kawalan tanpa rawatan psikologi pada intensiti kesakitan, penggunaan ubat tahan sakit, tekanan mental, mobiliti atau masa untuk ekstubasi selepas pembedahan.

Penemuan utama dan kualiti bukti

Penyelidik telah menilai kualiti bukti daripada kajian menggunakan empat tahap: sangat rendah, rendah, sederhana atau tinggi. Kualiti bukti yang sangat rendah bermaksud bahawa kami tidak pasti mengenai keputusan dalam kajian tersebut. Bukti yang berkualiti tinggi bermaksud bahawa kami sangat yakin terhadap keputusan kajian tersebut.

Kita tidak tahu jika rawatan psikologi mengurangkan intensiti rasa sakit, meningkatkan mobiliti, atau mengurangkan masa intubasi selepas pembedahan jantung terbuka. Ini adalah kerana tidak ada data yang mencukupi untuk menjawab sebahagian soalan kajian kami, kerana terdapat masalah dengan reka bentuk dalam beberapa kajian, atau kerana keputusan adalah bercanggah. Kami hanya mendapati kualiti bukti yang sangat rendah hingga sederhana untuk hasil ini.

Kami mendapati kualiti bukti sederhana yang rawatan psikologi dapat mengurangkan tekanan mental. Ini bermakna bahawa kita boleh menentukan keputusan secara sederhana kerana terdapat rawatan psikologi yang jelas mengurangkan kesusahan sedangkan orang lain tidak.

Bukti dalam kajian penyelidik adalah sehingga Februari 2017.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save