Transfusi cecair amnion melalui abdomen untuk meningkatkan keadaan janin selepas oligohidramnios akibat kepecahan membran sebelum tempoh pelahiran sebelum 26 minggu

Bayi yang dilahirkan selepas kepecahan membran pracukup bulan (PPROM) 16 dan 26 minggu kehamilan mudah mengalami masalah kurang perkembangan paru-paru. Apabila membran yang mengandungi cecair yang mengelilingi janin (cecair amniotik) pecah, kekurangan cecair ini boleh berlaku, suatu keadaan yang dipanggil sebagai oligohidramnios. Oligohidramnios dipercayai akan mengganggu perkembangan paru-paru yang biasa dan oleh itu, perkembangan tersebut ditangguhkan. Hal ini mengakibatkan satu keadaan yang dipanggil sebagai hipoplasia pulmonari.

Hipoplasia paru-paru boleh mengakibatkan masalah pernafasan yang teruk ataupun yang tidak begitu teruk dan juga masalah pernafasan yang sementara. Ini boleh diiringi pendarahan dalam paru-paru dan juga boleh menyebabkan masalah pernafasan yang kronik sebagai akibat parut ke atas tisu paru-paru. Komplikasi neurologi, kecacatan janin dan sepsis neonatal juga mungkin berlaku dengan oligohidramnios.

Penggantian cecair dengan menggunakan jarum dimasukkan ke dalam rongga cecair amniotik melalui dinding perut di rongga rahim (transfusi cecair amnio melalui abdomen) atas bimbingan ultrasound telah dicadangkan untuk meningkatkan hasil kehamilan. Kebanyakan pengalaman klinikal mencadangkan bahawa transfusi cecair amnio melalui abdomen adalah selamat untuk ibu dan bayi. Namun demikian, kami tidak mengenal pasti sebarang kajian rawak transfusi cecair amnio melalui abdomen selepas kepecahan membran pracukup bulan (PPROM) sebelum 26 minggu yang boleh dimasukkan ke dalam ulasan ini. Kini, masih tidak ada bukti untuk menilai penggunaan transfusi cecair amnio melalui abdomen dalam kalangan wanita yang mengalami oligohidramnios selepas kepecahan membran janin sebelum 26 minggu untuk meningkatkan keadaan kelahiran.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Tan May Loong (RCSI & UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi (Chris_ZY@live.com

Tools
Information
Share/Save