Terapi kanula nasal aliran tinggi untuk sokongan respiratori dalam kalangan kanak-kanak

Kami mengulas bukti tentang keberkesanan terapi kanula nasal aliran tinggi (HFNC) dalam menyokong pernafasan kanak-kanak. Kami mendapati 11 kajian dalam kalangan kanak-kanak.

Latar belakang

Terapi HFNC menyampaikan campuran udara dan oksigen melalui tiub yang diletak di dalam lubang hidung. Bagi kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat keadaan seperti pneumonia atau trauma atau pasca pembedahan, terapi HFNC boleh membantu menyokong pernafasan mereka. Ini mungkin mengurangkan keperluan untuk bentuk sokongan pernafasan lain seperti bantuan hayat. Terapi HFNC boleh diguna dalam persekitaran wad hospital, jabatan kecemasan atau unit rawatan intensif. Ulasan Cochrane ini penting kerana ia menilai bukti sedia ada tentang keselamatan dan keberkesanan HFNC berbanding bentuk sokongan pernafasan lain untuk membantu memaklumkan klinisian yang menjaga kanak-kanak dengan kesukaran bernafas.

Tarikh carian

Kami mencari pangkalan data perubatan dari tahun 1950-an hingga April 2013.

Ciri-ciri kajian

Kami sertakan kajian-kajian dalam kalangan kanak-kanak dari empat minggu hingga 16 tahun. Kami mencari kajian rawak terkawal; walau bagaimanapun kami kecualikan kajian-kajian yang melibatkan bayi dengan bronkiolitis (penyakit respiratori yang mempengaruhi bayi mimik selesema biasa) kerana kanak-kanak dengan keadaan ini disertakan dalam ulasan Cochrane yang lain.

Keputusan

Kami mendapati 11 kajian melibatkan kanak-kanak; walau bagaimanapun tiada kajian yang sepadan dengan kriteria kami.

Kesimpulan

Kajian yang berkualiti adalah penting untuk dilengkapkan untuk mengenal pasti petunjuk penggunaan dan keberkesanan terapi HFNC dalam menyokong pernafasan kanak-kanak yang sakit.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Khaw Loke Tim (lnternational Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information