Anti-faktor pertumbuhan endothelial vaskular untuk mengawal penyembuhan luka dalam pembedahan glaukoma

Soalan ulasan
Agen anti-faktor pertumbuhan endothelial vaskular (VEGF) berbanding kawalan atau mitomycin C (MMS) untuk hasil trabekulektomi.

Latar belakang
Pembedahan penapisan glaukoma, satu operasi mata di mana fistula saliran dicipta di dinding mata untuk mengurangkan tekanan intraokular (IOP), biasanya dikhaskan untuk pesakit glaukoma yang IOP tidak boleh dikendalikan dengan secukupnya oleh intervensi perubatan dan/atau laser. Keparutan semasa penyembuhan luka boleh menyebabkan kegagalan pembedahan, oleh itu, ubat-ubatan digunakan untuk mengubahsuai penyembuhan luka. Agen anti-VEGF telah dicadangkan dapat mengurangkan pembentukan parut. Ulasan ini bertanya sama ada terdapat bukti menggunakan ubat anti-VEGF dapat mengurangkan risiko kegagalan pembedahan glaukoma. Kami mencari kesusasteraan perubatan untuk kajian yang menilai manfaat dan bahaya suntikan subkonjunctival anti-VEGF semasa trabekulektomi untuk mengawal penyembuhan luka, berbanding dengan kawalan atau MMC.

Tarikh-tarikh carian
Bukti adalah terkini sehingga November 2015.

Penemuan utama
Lima kajian (dilaksanakan di India, Turkey, USA dan dua di Iran) dengan sejumlah 175 peserta dirangkumkan dalam ulasan ini. Kesan agen anti-VEGF atas mengawal IOP tidak tertentu.

Kami menemui satu kajian kecil, membanding anti-VEGF dengan kawalan, yang tidak menyediakan data untuk hasil ukuran utama: perkadaran trabekulektomi lengkap dan berjaya 12 bulan selepas pembedahan.

Empat kajian membandingkan anti-VEGF dengan MMC, dan dua kajian melaporkan satu atau lebih hasil ukuran yang menunjuk kawalan IOP (kejayaan lengkap, kejayaan yang berkelayakan, atau purata IOP) pada 12 bulan. Terdapat bukti berkualiti rendah yang serasi dengan penurunan peluang untuk kejayaan lengkap bagi ajen anti-VEGF, menunjukkan bahawa bagi pesakit yang menggunakan MMC dengan 81.0% kadar kejayaan lengkap, kadar kejayaan lengkap menggunakan agen anti-VEGF berada antara 37.2% dan 87.4%. Terdapat bukti berkualti sederhana yang menunjukkan bahawa bagi pesakit yang menggunakan MMC dengan kadar 95.2% kejayaan yang berkelayakan, kadar kejayaan yang berkelayakan menggunakan agen anti-VEGF antara 82.9% dan 100.0%, tanpa perbezaan antara anti-VEGF dan MMC. Seterusnya, terdapat bukti berkualiti rendah yang serasi dengan min IOP yang lebih tinggi untuk agen anti-VEGF antara 0.15 mm Hg dan 3.57 mm Hg, berbanding dengan MMC, dan kesannya masih tidak dapat ditentukan.

Kesimpulan ulasan ini adalah bahawa masih terdapat ketidakpastian tentang kesan terhadap kawalan IOP dengan penggunaan anti-VEGF secara subkonjunctival pada pesakit yang menjalani trabekulektomi, berbanding penggunaan MMC.

Kualiti bukti
Terdapat bukti berkualiti rendah semasa yang tidak cukup untuk menyangkal atau menyokong suntikan subkonjunctival anti-VEGF dalam pembedahan glaukoma. Beberapa kajian sedang dijalankan dan akan dimasukkan dalam kemas kini ulasan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information