Penyusuan berterusan berbanding penyusuan bolus berselang untuk penyakit refluks gastro-esofagus

Terjemahan ini tidak dikemas kini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan.

Bayi pramatang dan kurang berat lahir selalu tidak dapat menyusu secara oral kerana mereka tidak boleh menghisap dan menelan dengan berkesan. Oleh itu, mereka perlu diberi penyusuan melalui tiub yang dimasukkan dalam perut (intragaster). Penyusuan tiub boleh diberi melalui kaedah 'bolus' berselang, dimana susu diberikan dalam masa singkat (15 hingga 30 minit), atau melalui kaedah penyusuan berterusan, dimana susu diberikan dalam masa beberapa jam. Ia adalah tidak jelas kaedah mana yang lebih baik untuk mengurangkan refluks susu ke dalam esofagus. Kami mendapati tiada kajian terkawal rawak dan justeru itu mengesyorkan kajian rawak yang direka dengan baik dijalankan untuk memberi bukti muktamad tentang kaedah mana yang lebih sesuai.

Nota terjemahan: 

Nota terjemahan: Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my. Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College; mltan@pmc.edu.my).