Penggunaan Infusi Albumin dari sumber manusia untuk merawat pesakit sindrom nephrotic

Apakah isu yang dibangkitkan?

Sindrom Nephrotic adalah satu masalah buah pinggang yang menyebabkan tubuh manusia menghasilkan kuantiti protein yang tinggi di dalam air kencing. Kehilangan protein melalui air kencing menyebabkan badan berusaha untuk mengekalkan bendalir dalam badan yang biasanya akan dibuang di dalam air kencing. Bengkak (oedema) yang berlaku biasanya akan bermula dari pergelangan kaki dan kadang kala melibatkan tangan dan muka.

Oedema kebiasaanya akan dirawat menggunankan ubat diuretik (ubat yang merangsang buah pinggang untuk meningkatkan pembuangan garam dan air). Walaubagaimanapun, penggunaan ubat diuretik sahaja seringkali tidak berkesan untuk merawat sindrom nephrotic. Albumin berasaskan sumber manusia telah digunakan untuk menggantikan protein dalam badan yang hilang. Ini mungkin akan menyebabkan cecair dari masalah oedema dapat ditarik balik ke dalam peredaran darah dan seterunya ditapis buang oleh buah pinggang. Albumin mungkin boleh diberikan secara bersendirian atau secara kombinasi bersama ubat diuretik. Kami ingin mengetahui sama ada albumin boleh merawat oedema dalam kalangan pesakit sindrom nephrotic.

Apa yang kami lakukan?

Kami telah mencari hasil percubaan rawak terkawal (RCTs) atau separa RCT membandingkan (1) albumin dengan placebo atau tiada rawatan, (2) albumin dengan ubat diuretik, (3) albumin bersama diuretik yang dibandingkan dengan diuretik sahaja, atau (4) albumin dengan rawatan lain. Kami telah mengecualikan kajian silang (cross-over) dalam kajian ini. Akan tetapi, kami akan menyertakan data untuk tempoh pertama sebelum Cross-over jika ada. Carian terakhir dilakukan pada Jun 2019.

Apakah maklumat yang kami telah perolehi?

Kajian telah mendapati bahawa satu RCT kecil (26 pesakit) yang melakukan perbandingan antara albumin manusia bersama ubat diuretik furesomide, dengan plasebo sesuai untuk dimasukkan. Kami mendapati sembilan kajian terhadap pesakit sindrom nephrotic dalam kajian perbandingan ini telah diputuskan tidak bersesuain selepas kajian ‘cross-over’ dilakukan. Dalam usaha menilai keberkesanan rawatan albumin, kajian ini telah mengambil kira penurunan berat badan dan serum natrium dalam kalangan pesakit. Tekanan darah telah diambil untuk meneliti kesan sampingan. Walaupun penulis-penulis ada melaporkan peningkatan berat badan, namun kami tidak dapat mengesahkan perkara ini kerana ketidakselarasan antara data yang dilaporkan dalam jadual berbanding teks. Tiada perubahan dalam serum natrium atau tekanan darah. Kami merasakan semua hasil kajian mempunyai tahap kepastianyang rendah. Kematian, kualiti hidup, dan fungsi buah pinggang tidak dilaporkan.

Kesimpulan
Disebabkan hanya satu kajian kecil yang ditemukan, kami tidak dapat memutuskan samada albumin ini sebenarnya berkesan dalam merawat pesakit sindrom nephrotic. Seterusnya, kami tidak pasti tentang status keselamatan kajian yang diajalankan. Tiada bukti kajian dalam kalangan orang dewasa. Kami menilai bahawa bukti yang ada tidak berapa kukuh kepastiannya. Oleh itu RCT diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Zaki Hilmi Bin Zainal Abidin (Kementerian Kesihatan Malaysia). DIsunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save