Intervensi media massa bagi mengurangkan stigma terhadap pesakit yang menghadapi masalah kesihatan mental

Masyarakat mendefinisikan stigma dengan pelbagai cara. Dalam ulasan ini, kami memfokuskan kepada dua aspek stigma yang penting: diskriminasi (menerima seseorang secara tidak adil kerana latarbelakang mereka) dan prejudis (sikap dan emosi negatif terhadap sesetengah kumpulan) Pesakit yang mempunya masalah kesihatan mental sering menghadapi stigma. Ia boleh memberi kesan buruk pada kehidupan mereka. Media massa ialah cara komunikasi dengan masyarakat yang ramai tanpa bersemuka. Antara contohnya adalah suratkhabar, papan iklan, risalah, DVD, televisyen, radio, panggung wayang dan Internet. Kempen anti-stigma sering melibatkan intervensi media massa, dan ianya melibatkan kos yang mahal, oleh itu sangat penting bagi kita untuk mengetahui samada intervensi media massa boleh mengurangkan stigma ataupun tidak.

Kami mengulas kajian yang membandingkan peserta yang melihat atau mendengar intervensi media massa mengenai masalah kesihatan mental kepada peserta yang tidak melihat atau mendengar intervensi tersebut, atau peserta yang pernah melihat intervensi tetapi yang tidak melibatkan kesihatan mental atau stigma. Matlamat kami untuk mengetahui kesan intervensi media massa yang mungkin ada dalam mengurangan stigma terhadap mereka yang ada masalah kesihatan mental.

Kami menjumpai 22 kajian yang melibatkan 4490 pesakit. Lima dari kesemua kajian mengandungi data mengenai diskriminasi dan 19 mengandungi data mengenai prejudis. Kami menjumpai bahawa intervensi media massa mungkin mengurangkan, menaikkan atau tiada kesan kepada diskriminasi. Kami menjumpai bahawa intervensi media massa mungkin mengurangkan prejudis. Jumlah pengurangan boleh dikira sebagai sedikit kepada sederhana, dan adalah sama jumlahnya untuk pengurangan tahap prejudis yang dikaitkan dengan skizofrenia dan juga yang dikaitkan kepada depresi major. Kualiti bukti mengenai diskriminasi dan prejudis adalah rendah, oleh itu kami tidak boleh mendapatkan kepastian mengenai penemuan ini. Hanya tiga kajian yang memberi maklumat kos kewangan and dua kajian mengenai kesan buruk, dan terdapat batasan dalam cara mereka menilai perkara tersebut, oleh itu kami tidak dapat memberi kesimpulan mengenai perkara ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Ayuni Ahmad Shafiai (Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (Universiti Sains Malaysia). disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila noorayuni@usm.my.

Tools
Information
Share/Save