Terapi pelengkap untuk jerawat vulgaris

Latar belakang

Jerawat adalah penyakit kulit kronik, yang menyebabkan bintik-bintik muncul serentak pada beberapa bahagian badan, termasuk muka, leher, belakang, dan dada. Selain rawatan biasa yang digunakan semasa, ubatan pelengkap dan alternatif (CAM) semakin menarik minat orang yang sering menggunakannya sebagai tambahan kepada rawatan konvensional sama ada sebagai rawatan tambahan atau tunggal untuk merawat jerawat.

Soalan ulasan

Bolehkah terapi pelengkap memperbaiki gejala klinikal jerawat vulgaris?

Ciri-ciri kajian

Pengulas mencari pangkalan data dan kajian yang releven sehingga 22 Januari 2014. Pengulas mengenal pasti 35 kajian rawak terkawal, dengan 3227 peserta, yang menggunakan 6 jenis CAM (ubat herba, akupunktur, bekam basah, diet, racun lebah yang ditulenkan, dan minyak pokok teh). Sebuah syarikat farmaseutikal membiayai salah satu kajian; sementara kajian lain tidak melaporkan sumber pembiayaan mereka.

Hasil utama

Untuk hasil utama, pengulas menggabungkan dua kajian yang membandingkan diet beban glisemik yang rendah kepada yang tinggi (LGLD, HGLD), tetapi tidak menemui bukti jelas tentang perbezaan antara 2 kumpulan pada 12 minggu untuk perubahan seacara pengiraan penyakit ini yang tidak radang. Hanya satu daripada dua kajian ini memberikan data yang boleh digunakan untuk menunjukkan manfaat potensi LGLD dalam mengurangkan keradangan dan jumlah bilangan penyakit kulit ini. Minyak pokok teh dan racun lebah debunga didapati mengurangkan jumlah penyakit kulit ini dalam masing-masing satu kajian. Baki 31 kajian termasuk memberikan hasil yang bercampuran tentang sama ada terapi pelengkap mungkin mengurangkan jumlah bilangan penyakit kulit ini.

Dua puluh enam kajian melaporkan kesan sampingan. Kumpulan ubat herba mendapati beberapa kesan sampingan ringan, seperti loya, cirit-birit, dan sakit perut. Kumpulan akupunktur mendapati sedikit kegatalan atau kemerahan dan kesakitan selepas dicucuk jarum. Peserta yang menggunakan minyak pokok teh melaporkan kegatalan, kekeringan, dan pengelupsan kulit. Tiada kajian yang melaporkan kesan sampingan teruk.

Untuk hasil sekunder, pengulas tidak menemui bukti jelas tentang perbezaan dalam bilangan peserta dengan peredaan antara granul Ziyin Qinggan Xiaocuo dan minocycline daripada meta-analisis dua kajian tersebut.

Kualiti bukti

Terdapat beberapa bukti berkualiti rendah daripada satu kajian bahawa diet rendah beban glisemik, minyak pokok teh, dan racun lebah boleh mengurangkan penyakit kulit dalam jerawat vulgaris, tetapi terdapat kekurangan bukti daripada ulasan semasa untuk menyokong penggunaan CAM lain. Had metodologi dan kualiti pelaporan dalam kajian yang disertakan melemahkan semua bukti.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (Hospital Keningau). Disunting oleh Ahmad FIlza Ismail (afilza@usm.my). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information