Magnesium untuk kekejangan otot

Kekejangan otot adalah perkara biasa dan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan. Orang dewasa yang lebih tua dan wanita hamil biasanya mengadu kekejangan kaki semasa mereka sedang berehat, atlet boleh berkejangan apabila mereka menolak had ketahanan mereka, dan sesetengah orang mengalami kekejangan otot sebagai tanda keadaan perubatan yang lain. Salah satu rawatan yang berpotensi yang sudah dipasarkan untuk mengelakkan kekejangan otot adalah supplemen magnesium. Magnesium adalah mineral biasa dalam diet kita dan makanan tambahan mineral ini boleh didapati sama ada melalui Internet atau di kedai-kedai makanan kesihatan dan farmasi (biasanya dalam bentuk pil atau serbuk untuk dilarutkan di dalam air). Kami mencari semua kajian berkualiti serta yang diterbitkan untuk menilai keberkesanan magnesium dalam mengelakkan kekejangan otot dan mendapati empat kajian di kalangan orang dewasa yang lebih tua dan tiga kajian di kalangan wanita hamil. Tidak terdapat kajian atas orang-orang yang kekejangan semasa bersenam dan tiada kajian ke atas orang-orang yang kekejangan disebabkan masalah perubatan. Empat kajian atas orang dewasa yang lebih tua (sebanyak 322 peserta termasuk kawalan dalam kajian rentas) bersama-sama mencadangkan bahawa magnesium tidak mungkin memberi manfaat bermakna dalam mengurangkan kekerapan dan keterukan kekejangan dalam populasi itu. Kami menganggap bukti-bukti sebagai berkualiti sederhana. Sebaliknya, kesemua tiga kajian wanita hamil (202 peserta) tiada berkesimpulan kerana satu kajian mendapati manfaat dalam mengurangkan kekerapan dan kesakitan kekejangan manakala dua lagi mendapati tiada manfaat. Lebih banyak penyelidikan berkenaan magnesium dalam kalangan wanita hamil itu diperlukan; Walau bagaimanapun, penghidap kekejangan orang dewasa lebih tua dijangka tidak mendapat manfaat daripada terapi ini. Walaupun kita tidak dapat menentukan kadar kesan-kesan sampingan yang tidak diingini, kadar pengeluaran dalam kajian dan perbincangan peristiwa buruk mencadangkan rawatan ini senang diterima.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save