Jenis nasihat pemakanan yang berlainan untuk wanita dengan diabetes mellitus gestasi

Apakah isunya?

Gestasi diabetes mellitus (GDM) adalah toleransi yang kurang terhadap karbohidrat yang mengakibatkan lebihan gula dalam darah (hiperglisemia) yang bermula atau dikenalpasti pertama kali semasa mengandung. Kaunseling atau nasihat tentang pemakanan adalah strategi utama untuk membantu wanita menguruskan GDM, tetapi tidak jelas nasihat pemakanan mana yang terbaik. Dalam ulasan ini kami telah menetap untuk mencari nasihat pemakanan untuk wanita dengan GDM yang terbaik untuk mengurangkan komplikasi kesihatan bagi wanita dan bayi mereka.

Mengapa ini penting?

Wanita dengan GDM lebih berisiko untuk mendapat tekanan darah tinggi dan pra-eklampsia (tekanan darah tinggi dengan pembengkaan dan protein dalam kencing) semasa kehamilan. Bayi-bayi boleh menumbuh lebih besar daripada usia kehamilan mereka. Akibatnya, mereka mungkin cedera ketika dilahirkan, atau menyebabkan kecederaan pada ibu mereka semasa kelahiran. Kelahiran bayi mungkin melalui induksi atau dilahirkan melalui pembedahan. Kedua-dua ibu dan bayi akan menghadapi peningkatan risiko masalah kesihatan jangka panjang termasuk diabetes jenis 2 dan ketidakupayaan.

Apakah bukit yang kami perolehi?

Penyelidik telah mencari kesusasteraan perubatan pada 8 March 2016 dan 19 kajian terkawal rawak yang melibatkan 1398 wanita dengan GDM dan bayi mereka telah dirangkumkan dalam ulasan ini. Risiko bias keseluruhan daripada percubaan-percubaan adalah tidak jelas atau sederhana kerana batasan metodologi dan kualiti bukti adalah rendah atau sangat rendah. Kajian-kajian tersebut secara umumnya adalah kecil, tidak banyak yang membandingkan intervensi yang sama atau serupa, dan hasil yang mereka laporkan tidak komprehensif.

Sepuluh perbandingan antara nasihat pemakanan yang berbeza telah dimasukkan. Ini merupakan: 1) diet indeks glisemik (GI) rendah-sederhana dengan diet GI sederhana-tinggi (empat percubaan); 2) diet mengehadkan tenaga dengan diet tanpa sekatan tenaga (tiga percubaan); 3) satu 'Pemakanan Diet untuk Menghentikan Hipertensi (DASH)' diet yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan produk tenusu rendah lemak dengan diet kawalan (tiga percubaan); 4) diet karbohidrat rendah dengan diet karbohidrat tinggi (dua percubaan); 5) diet lemak tak tepu yang tinggi dengan diet lemak tak tepu yang rendah (dua percubaan); 6) diet GI rendah dengan diet serat tinggi GI sederhana (satu percubaan); 7) cadangan diet dan nasihat tingkah laku yang berkaitan dengan diet dengan cadangan diet sahaja (satu percubaan); 8) diet berasaskan protein soya dengan diet tanpa protein soya (satu percubaan); 9) diet serat tinggi dengan diet serat standard (satu percubaan); dan 10) diet khusus etnik dengan diet standard yang sihat (satu percubaan).

Ulasan ini mendapati tiada perbezaan yang jelas antara pelbagai jenis nasihat pemakanan mengenai bilangan wanita dengan tekanan darah tinggi semasa kehamilan termasuk pra-eklampsia (sembilan percubaan dalam enam perbandingan diet yang berbeza), bayi berumur besar (lapan percubaan dalam tujuh perbandingan makanan yang berlainan), kematian perinatal termasuk kelahiran mati dan kematian semasa kelahiran (tiga percubaan dalam dua perbandingan diet yang berlainan), perkembangan diabetes jenis 2 untuk ibu (dua percubaan dalam dua perbandingan diet yang berbeza), dan hasil komposit kematian neonatal atau kesihatan yang bermasalah (satu percubaan dalam satu perbandingan diet). Terdapat tiada perbezaan yang jelas dalam bilangan bayi yang dilahirkan melalui pembedahan (10 percubaan dalam lapan perbandingan diet yang berbeza) kecuali terdapat pengurangan dengan diet DASH. Tiada percubaan yang melaporkan mengenai kecacatan kemudian pada masa kanak-kanak bagi bayi-bayi tersebut.

Pelbagai hasil yang berlainan telah dilihat tanpa perbezaan konsisten yang dilaporkan antara pelbagai jenis nasihat pemakanan. Hasil yang berkaitan dengan kesihatan jangka panjang untuk wanita dan bayi mereka, serta penggunaan dan kos perkhidmatan kesihatan sebahagian besarnya tidak dilaporkan.

Apakah maksudnya?

Nasihat pemakanan adalah strategi utama untuk mengurus GDM, namun masih belum jelas tentang jenis nasihat yang terbaik. Bukti muktamad daripada percubaan terkawal rawak masih belum sedia untuk membimbing amalan, walaupun pelbagai intervensi nasihat pemakanan telah diselidiki. Beberapa percubaan telah membandingkan intervensi-intervensi yang sama atau serupa, percubaan-percubaan yang dilaksanakan merupakan percubaan yang kecil dengan keputusan yang terhad dan ada kelemahannya. Percubaan rawak terkawal yang lebih besar dan baik diperlukan untuk menilai kesan-kesan pelbagai jenis nasihat pemakanan bagi wanita dengan GDM supaya meningkatkan hasil kesihatan untuk wanita dan bayi mereka dalam jangka pendek dan panjang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save