Rituximab untuk rawatan penyakit mata tiroid

Penyakit mata tiroid memberi kesan kepada 50% pesakit autoimun, penyakit. Gejala termasuk sakit mata, kemerahan, pembengkakan, penonjolan (proptosis), penglihatan berganda, dan dalam kes yang teruk, pengurangan penglihatan. Pada masa ini pilihan rawatan termasuk steroid dan radioterapi, tetapi ulangan adalah perkara biasa. Pembedahan dikhaskan untuk kes yang teruk. Rituximab adalah ubat yang diberikan secara infusi intravena yang telah ditunjukkan memberi manfaat kepada pesakit dengan keadaan autoimun yang lain seperti arthritis rheumatoid. Sorotan ini direka untuk menyiasat sama ada rituximab adalah berkesan dan selamat sebagai pilihan rawatan untuk pesakit dengan penyakit mata tiroid. Terdapat kekurangan bukti daripada kajian rawak terkawal untuk menyokong penggunaan rituximab untuk penyakit mata tiroid. Kajian yang ketat melihat pesakit dengan penyakit mata tiroid aktif, membandingkan rawatan rituximab dengan steroid atau plasebo, perlu dilakukan untuk menjawab soalan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information
Share/Save