Pembalut alginat untuk penyembuhan ulser kaki dalam kalangan orang dengan diabetes mellitus

Diabetes mellitus, satu keadaan yang membawa kepada kepekatan glukosa darah tinggi, adalah keadaan lazim dengan kira-kira 2.8 juta orang yang terjejas di UK (kira-kira 4.3% daripada penduduk). Pembalut luka digunakan secara meluas untuk merawat ulser kaki dalam kalangan orang dengan diabetes. Terdapat banyak jenis pembalut yang boleh digunakan, yang juga berbeza dari segi kos. Ulasan ini (6 kajian yang melibatkan seramai 375 peserta) mengenal pasti bahawa tiada bukti penyelidikan yang menunjukkan bahawa pembalut luka alginat lebih berkesan dalam penyembuhan ulser kaki diabetik berbanding dengan pembalut jenis lain. Penyelidikan yang lebih banyak dan berkualiti diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my.

Tools
Information