Pemberian ubat antimalarial kepada seluruh populasi

Malaria adalah penyakit bawaan nyamuk paling penting yang disebabkan oleh parasit, menyumbang kepada kematian anggaran sebanyak 660,000 setahun. Mujurlah, malaria boleh dicegah dan dirawat. Beberapa alat kawalan malaria wujud pada masa ini, dan pendekatan baru dan inovatif terus dibangunkan.

Pemberian ubat terhadap malaria kepada keseluruhan populasi, digelar pemberian ubat besar-besaran (MDA), adalah satu komponen daripada pelbagai program penghapusan malaria pada 1950-an, dan sekali lagi menarik minat sebagai satu alat penghapusan malaria. Akibatnya, ia adalah penting untuk mengulas sastera yang sedia ada untuk menilai potensi strategi ini untuk mengurangkan beban malaria dan transmisi, dan untuk mengenalpasti jurang dalam pemahaman kita.

Ulasan ini menilai kesan MDA terhadap beberapa langkah langkah hasil specifik yang khusus malaria. Tiga puluh dua kajian telah dimasukkan ke dalam ulasan ini, dari tapak-tapak di Asia, Afrika, Eropah dan benua Amerika.

Ulasan mendapati bahawa walaupun MDA boleh mengurangkan risiko awal hasil khusus malaria, pengurangan ini selalunya tidak kekal. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kajian yang dijalankan di pulau-pulau kecil atau dalam kawasan tanah tinggi pula menunjukkan kesan yang berterusan lebih daripada enam bulan selepas MDA.

Peristiwa buruk tidak ditangani dengan secukupnya dalam kebanyakan kajian. Reaksi ubat-ubatan teruk yang ketara, termasuk hemolisis, haemoglobinuria, anemia teruk dan kematian telah dilaporkan dengan pemberian 8-aminoquinoline bersama ubat schizonticide, manakala reaksi kulit yang teruk dilaporkan dengan sulphadoxine-pyrimethamine dan artesunate dan primaquine.

Menilai impak sebenar program MDA boleh menjadi suatu cabaran kerana kaedah kajian yang berbeza digunakan. Walau bagaimanapun, ulasan ini boleh memberi panduan kepada intervensi MDA dan penilaian mereka masa depan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi loketimkhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save