Kombinasi (beberapa ubat pada masa yang sama) berbanding kemoterapi berurutan (ubat yang sama diberikan satu demi satu) untuk barah payudara metastatik

Kanser payudara metastatik pada masa ini bukan penyakit yang dapat disembuhkan tetapi penyakit yang dapat dirawat dengan berkesan dengan kemoterapi, terapi endokrin dan terapi yang disasarkan. Purata kelangsungan hidup sekitar dua tahun tetapi ada sebilangan wanita hidup lebih lama. Ia adalah penting untuk menyelidik cara terbaik untuk memberikan kemoterapi bagi merawat barah payudara metastatik dalam mengoptimumkan kelangsungan hidup dan kualiti hidup serta mengurangkan kesan sampingan dari rawatan.

Ulasan ini menyelidik sama ada pemberian gabungan ubat pada masa yang sama lebih berkesan daripada pemberian ubat yang sama berulang kali (rawatan berurutan).

Pencarian literasi yang dilakukan pada bulan Oktober 2013 memberikan hasil 12 kajian terkawal secara rawak dengan 2317 pesakit yang dapat dimasukkan dalam analisa. Pesakit mengalami barah payudara metastatik dan sama ada mereka tidak dirawat atau telah menerima satu atau dua rawatan setelah diagnosis disah. Hasil utama adalah kelangsungan hidup secara keseluruhan dan perkembangan hidup bebas (masa dari perawakan hingga masa perkembangan penyakit). Kedua, kami membandingkan tahap tumor menyusut sebagai tindak balas terhadap kemoterapi (kadar tindak balas keseluruhan), kadar toksik dan kualiti hidup.

Tidak ada perbezaan dalam keseluruhan kelangsungan hidup antara kedua-dua kumpulan itu tetapi kami mendapati bahawa apabila ubat diberikan sekali dalam setiap masa kemungkinan terdapat lebih panjang tempoh sebelum ketumbuhan tumbuh semula (kelangsungan hidup tanpa kemajuan ketumbuhan yang lebih lama). Walau bagaimanapun, kemoterapi kombinasi menyebabkan ketumbuhan menyusut lebih banyak, walaupun ini tidak mengakibatkan kelangsungan hidup lebih lama daripada ketika menggunakan kemoterapi berurutan. Kadar demam neutropenia (jangkitan) lebih tinggi pada kumpulan kombinasi tetapi tidak ada perbezaan pada kadar neutropenia (sel darah putih rendah). Tidak ada perbezaan kualiti hidup antara kedua-dua kumpulan itu tetapi hanya ada tiga percubaan yang melaporkan maklumat ini. Kualiti hidup harus dimasukkan sebagai hasil dalam percubaan masa depan yang menangani persoalan ini. Secara keseluruhan, kajian tidak konsisten melaporkan cara pesakit dirawak dan ini mungkin menjadi sumber tidak telus dalam hasilnya.

Secara amnya tinjauan ini menyokong cadangan garis panduan antarabangsa untuk menggunakan monoterapi berurutan melainkan jika terdapat perkembangan penyakit yang cepat.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (USM). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information