Modafinil untuk schizophrenia

Soalan ulasan: Adakah menambah modafinil untuk rawatan antipsikosis berkesan dan selamat untuk pesakit skizofrenia?

Latar belakang

Skizofrenia adalah penyakit mental yang rumit dan kronik yang biasanya membentangkan dengan pelbagai gejala. Rawatan standard (antipsikotik) dianggap berkesan untuk gejala positif (seperti khayalan dan halusinasi atau fikiran aneh). Walau bagaimanapun, terdapat simptom negatif dan kognitif (seperti pengasingan sosial, kekurangan kesan, masalah dengan ingatan) yang tidak dirawat secukupnya dengan ubat-ubatan ini. Gejala-gejala ini cenderung kronik dan oleh itu boleh memberi impak jangka panjang ke atas kualiti hidup seseorang. Rawatan tambahan sering ditambah kepada rawatan antipsikotik, yang mana satu adalah modafinil, ubat yang mempromosikan kebangkitan biasanya digunakan untuk gangguan tidur.

Carian bukti

Kami menjalankan pencarian elektronik mengenai daftar kajian Cochrane Schizophrenia pada April 2015, Mei 2017, dan Oktober 2019 untuk kajian rawak (peserta yang diperuntukkan kepada kumpulan rawatan menggunakan kaedah rawak) orang dengan skizofrenia untuk menerima modafinil tambahan (modafinil ditambah kepada mereka penjagaan standard) atau untuk menerima plasebo tambahan. Kami mengenal pasti 67 rekod yang merujuk kepada 25 kajian.

Bukti yang ditemui

Sebelas kajian memenuhi keperluan kajian dan melaporkan data yang boleh digunakan dalam analisis. Walau bagaimanapun, kajian itu termasuk bilangan peserta yang kecil dan tempoh yang pendek; skizofrenia adalah masalah kesihatan jangka panjang yang secara idealnya memerlukan kajian jangka panjang. Analisis data kami menunjukkan tiada perbezaan jelas antara modafinil tambahan dan plasebo tambahan untuk memperbaiki keadaan mental atau global, mengubah fungsi kognitif, menyebabkan peserta meninggalkan kajian awal, menghasilkan kesan buruk, atau mempengaruhi kadar kemasukan ke hospital . Walaubagaimanapun, kebanyakan hasil ini berdasarkan pada data yang sangat rendah atau rendah, oleh itu tidak dapat dipastikan jika ukuran kesan statistik yang dijumpai oleh analisis data kami adalah kesan sebenar.

Kesimpulan

Keputusan ulasan ini menunjukkan tiada perbezaan jelas dalam keberkesanan dan keselamatan antara modafinil tambahan dan plasebo tambahan, namun keputusan ini tidak konklusif kerana ia berdasarkan kualiti bukti rendah atau sangat rendah. Berdasarkan bukti semasa kami tidak dapat memberikan jawapan kepada soalan ulasan kami sama ada modafinil adalah lebih baik daripada plasebo untuk meningkatkan gejala skizofrenia, atau jika selamat digunakan untuk pesakit skizofrenia. Lebih banyak penyelidikan yang berkualiti tinggi diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Disunting oleh Teh Keng Hwang (UniSHAMS). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save