Febuxostat untuk rawatan gout kronik

Ringkasan ulasan Cochrane ini membentangkan apa yang kami tahu dari kajian tentang keberkesanan febuxostat untuk merawat gout kronik.

Daripada enam kajian yang melibatkan 3978 pesakit dengan gout kronik, ulasan tersebut menunjukkan bahawa,

Dalam pesakit dengan gout kronik:

-febuxostat mungkin mengurangkan tahap asid urik;

-febuxostat mungkin meningkatkan kejadian keradangan gout sewaktu rawatan awal (apabila menurunkan tahap asid urik). Pengembalian tahap asid urik serum kepada normal membawa kepada mobilisasi urate daripada deposit tisu, yang seterusnya mampu meningkatkan bilangan serangan;

-febuxostat mungkin menunjukkan manfaat serupa seperti allopurinol selepas penggunaan selama tiga tahun.

Kami tidak mempunyai maklumat mengenai kesan febuxostat atas pengimejan sendi, fungsi musculoskeletal, kesakitan, penilaian keseluruhan, dan kualiti hidup. Juga, kami tidak mempunyai maklumat yang tepat tentang kesan sampingan dan komplikasinya. Ini adalah betul terutamanya untuk kesan sampingan jarang tetapi teruk. Kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuk peningkatan tahap enzim hati, darah tinggi dan cirit-birit. Komplikasi jarang mungkin termasuk sesetengah kejadian kardiovaskular (sakit dada, penyakit arteri koronari, infarksi miokardium, atau fibrilasi atrium.

Apakah gout kronik dan apakah febuxostat?

Asid urik adalah produk yang biasanya wujud di dalam darah sebagai hasil pencernaan daripada sesetengah produk yang digelar ‘purines’. Gout adalah penyakit yang disebabkan oleh tahap asid urik tinggi di dalam darah yang membawa kepada pembentukan kristal di dalam sendi, paling lazim di dalam sendi anggota bawah badan seperti ibu jari kaki, tumit, buku lali dan lutut. Gout selalunya berlaku sebagai serangan akut yang menyebabkan bengkak dan sakit sendi, tetapi juga boleh membawa kepada radang sendi kronik. Sementara tiada penawar untuk penyakit, rawatan boleh mengelakkan serangan gout berulang dan menambahbaikkan bentuk kronik.

Penyelidikan menunjukkan behawa pengekalan tahap asid urik kurang daripada 6.0 mg/dL boleh mengurangkan serangan gout dalam satu-satu masa. Tetapi, di dalam bulan pertama rawatan, bilangan serangan gout mungkin bertambah, disebabkan oleh sifat rawatan tersebut.

Febuxostat adalah ubat baru yang boleh membantu mengurangkan tahap asid urik di dalam darah dalam orang dewasa dengan gout.

Anggaran terbaik tentang apa yang berlaku kepada pesakit dengan gout kronik yang mengambil febuxostat:

Febuxostat adalah terbukti berkesan dalam mengurangkan asid urik kepada kurang daripada 6.0 mg/dL.

Dalam kajian jangka pendek (satu tahun atau kurang), apabila febuxostat dibandingkan dengan plasebo (ubatan palsu):

- 6 pesakit daripada 100 mengalami lebih banyak serangan gout mengambil 80 mg febuxostat (6% peningkatan mutlak dalam serangan);

- 75 pesakit tambahan daripada 100 yang mengambil febuxostat 80 mg mencapai matlamat tahap asid urik rendah daripada 6.0 mg/dL (75% manfaat mutlak).

Apabila febuxostat dibandingkan dengan allopurinol, satu ubatan lain digunakan untuk mengurangkan asid urik:

- 2 pesakit daripada 100 mempunyai lebih banyak serangan gout taking febuxostat 80 mg (2% peningkatan mutlak dalam serangan);

-29 pesakit tambahan daripada 100 yang mengambil febuxostat 80 mg mencapai tahap asid kurang daripada 6.0 mg/dL (29% manfaat mutlak).

Dalam kajian yang lebih daripada tiga tahun:

febuxostat pada apa-apa dos mempunyai kesan yang sama seperti allopurinol dalam mencapai tahap asid urik yang lebih kurang daripada 6.0 mg/dL, dan tiada peningkatan dalam serangan gout.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save