Ubat-ubatan herba Cina yang diambil melalui mulut atau disapu pada kulit untuk ekzema atopik dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa

Ekzema atopik (ekzema secara ringkasnya) adalah keadaan kulit yang lazim, di mana perubahan kulit berlaku dan menyebabkan kemerahan, mengelupas, bengkak, dan penebalan kulit akibat menggaru kronik. Ia dikaitkan dengan kehilangan tidur, harga diri, dan kualiti hidup. Kekerapan ekzema telah meningkat sejak 10 tahun yang lalu.

Ulasan Cochrane terdahulu yang diterbitkan pada 2004 mendapati beberapa bukti tentang kemungkinan manfaat penggunaan ubat herba Cina oral (CHM) untuk ekzema; namun, hasil daripada hanya 4 kajian tidak muktamad dan perlu dikemas kini (empat kajian itu tidak dimasukkan dalam kemas kini ini kerana mereka menyiasat produk yang telah ditarik balik dari pasaran sejak 2004). Selain mengemas kini ulasan itu, kami juga meluaskan skop ulasan untuk menilai kesan CHM topikal untuk ekzema. Kami telah menulis satu protokol baru untuk mengembangkan skop ulasan ini.

Ulasan ini melibatkan 28 kajian rawak terkawal (RCT), dengan 2306 kanak-kanak dan orang dewasa, di mana 4 membandingkan CHM dengan plasebo, 22 dengan ubat-ubatan konvensional, dan 2 dengan CHM yang diambil melalui mulut.

Kebanyakan kajian yang terlibat melaporkan lebih ramai bilangan peserta yang telah pulih dan bertambah baik dengan ketara, dengan pengurangan kegatalan dalam kumpulan CHM berbanding dengan kumpulan kawalan. Di mana CHM dibandingkan dengan ubat-ubatan konvensional, walaupun jumlah hasil kadar keberkesanan lebih tinggi daripada CHM, ia adalah berdasarkan bukti kualiti yang sangat rendah. Satu kajian melaporkan skor kualiti hidup (QoL) dalam kumpulan CHM adalah lebih baik daripada kumpulan plasebo selepas menggunakan formula CHM yang diambil melalui mulut selama 12 minggu. Kami menilaikan kebanyakan kajian tersebut berisko bias tinggi dan oleh itu, tidak berkualiti tinggi, tidak konsisten yang ketara di antara kajian-kajian, oleh itu sebarang kesan positif dalam CHM mesti dinilai dengan berhati-hati.

Satu kajian melaporkan satu peristiwa buruk yang teruk. Peristiwa buruk yang ringan dilihat dalam 24 kajian, termasuk peningkatan enzim sementara dalam 3 kes, yang dibalikkan tidak lama selepas CHM dihentikan.

Lapan kajian yang dimasukkan menerima pembiayaan kerajaan.

Kami tidak menemui bukti muktamad bahawa CHM yang diambil melalui mulut atau diaplikasi pada kulit adalah bermanfaat kepada kanak-kanak atau orang dewasa dengan ekzema.

RCT yang direka dengan baik dan cukup berkuasa diperlukan untuk menilai keberkesanan dan keselamatan CHM untuk ekzema.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my

Tools
Information