Intervensi untuk air liur meleleh dalam kalangan kanak-kanak dengan cerebral palsi.

Ramai kanak-kanak dengan cerebral palsi mengalami kesukaran mengawal air liur. Air liur meleleh berbeza mengikut keterukan dan boleh menjadi punca kemurungan kepada kanak-kanak, keluarga dan penjaga. Air liur meleleh yang berlebihan boleh menyebabkan pakaian sentiasa basah dan kotor, bau kurang menyenangkan, kejengkelan, kulit sekitar mulut dan dagu pecah atau sakit , jangkitan kulit dan mulut, dehidrasi, kesukaran mengunyah, gangguan untuk bercakap, kerosakan buku, alat bantuan komunikasi, komputer dan peralatan audio. Risiko penolakan sosial dan peminggiran sosial untuk kanak-kanak tersebut turut wujud.

Banyak intervensi digunakan untuk mengurangkan atau menghilangkan air liur meleleh. Ini termasuk pembedahan, ubatan, toxin botulinum (BoNT-A and BoNT-B), terapi fizikal, terapi untuk meningkatkan fungsi deria, terapi tingkah laku untuk membantu kanak-kanak dalam mengatasi keadaan air liur meleleh, peralatan yang diletakkan di dalam mulut, dan akupunktur.

Tiada konsensus jelas mengenai intervensi mana adalah selamat dan berkesan dalam mengatasi air liur meleleh dalam kalangan kanak-kanak dengan cerebral palsi. Ini membuatkannya susah untuk memutuskan intervensi mana adalah paling selamat dan paling berkesan.

Hanya RCTs dan CCTs yang dimasukkan dalam ulasan ini. Kajian dikenalpasti dengn carian elektronik pangkalan data, carian pendaftaran kajian klinikal, jurnal, prosiding persidangan dan senarai rujukan artikel berkaitan.

Enam kajian telah ditemui. Empat kajian berkaitan memeriksa keselamatan dan keberkesanan BoNT-A dan duanya pula memeriksa benztropine dan glycopyrrolate. TIada kajian atas intervensi lain ditemui, Kualiti kajian adalah bervariasi. Kajian yang dimasukkan semua berbeza dalam kanak-kanak yang disertakan, produk yang digunakan, kaedah produk diberikan dan cara penilaian keberkesanan. Semua kajian melaporkan pengurangan positif dalam kejadian air liur meleleh dan semua menunjukkan perubahan yang signifikan untuk kumpulan rawatan sehingga satu bulan selepas intervensi. Lima kajian mengkaji kepuasan klien dan/atau penjaga dengan intervensi. Sesetengah melihat kepada kesan-kesan sampingan intervensi tetapi tiada kajian yang mengkaji kesan intervensi atas kualiti hidup atau kesejahteraan psikologi kanak-kanak.

Bukti yang mencukupi wujud untuk menyokong pengunaan satu intervensi daripada yang lain. Disebabkan hanya dua jenis intervensi yang dikumpul, dan dengan variasi dan kualiti kajian-kajian tersebut, ia tidak mungkin untuk menyimpulkan bahawa satu intervensi adalah lebih berkesan daripada yang lain. Kekurangan kajian terhadap intervensi lain tidak mencadangkan yang intervensi tersebut adalah tidak berkesan.

Kajian dengan reka bentuk bagus dan cukup kuasa adalah diperlukan untuk semua intervensi. Selain daripada menggunakan penilaian sensitiviti untuk melihat perubahan dalam pengaliran air liur, penilaian yang diperlukan adalah yang memeriksa kepuasan klien dan penjaga, perubahan kualiti hidup, kesejahteraan psikologi dan dalam simptom yang tidak diingini yang berkaitan dengan air liur meleleh.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information