Suplemen vitamin K untuk cystic fibrosis

soalan ulasan

Kami mengkaji semula bukti untuk melihat sama ada pemberian suplemen vitamin K kepada penghidap cystic fibrosis dapat menentang kesan kekurangan pembekuan darah, kekuatan tulang dan kualiti kehidupan penghidap cyctic fibrosis. Kami mencuba untuk mengenal pasti dos yang paling baik diperlukan untuk mengelakkan kekurangan tersebut. Ini adalah kemas kini daripada kajian awal.

Latar belakang

Cystic fibrosis adalah penyakit keturunan yang menyebabkan penyakit, lebih ketara di dalam paru-paru, sistem pencernaan dan pankreas. Bagi penghidap cystic fibrosis, kelenjar pankreas mereka biasanya tidak menghasilkan enzim yang mencukupi untuk membolehkan tubuh badan menyerap makanan yang telah dicerna dengan sempurna dan ini juga mungkin boleh dikaitkan dengan kekurangan vitamin lemak-larut seperti vitamin K. Vitamin K diperlukan untuk pembekuan darah, pembentukan tulang dan beberapa fungsi metabolik yang sempurna.

Tarikh carian

Bukti terkini pada: 30 January 2017

ciri-ciri kajian

Kami sertakan dua kajian (sejumlah 32 peserta) dalam ulasan tersebut. Dalam satu kajian (14 kanak-kanak berumur 8 hingga 18 tahun) untuk tempoh sebulan, separuh daripada peserta tersebut diberikan suplemen oral vitamin K pada dos 1mg/hari dan separuh lagi diberikan dos 5mg/hari. Dalam percubaan kedua, kesemua 18 peserta (berumur 13 hingga 35 tahun) diberikan 5mg oral suplemen vitamin K atau tiada apa-apa selama sebulan dan mereka bertukar kumpulan selama sebulan berikutnya. Malangnya, kami tidak dapat menganalisa data daripada kajian kedua kerana penyelidik tidak memberikan laporan data daripada bahagian pertama kajian tersebut (hanya daripada bahagian terakhir percubaan tersebut iaitu apabila kesemua peserta telah berada di dalam kedua-dua kumpulan), menyebabkan kami tidak dapat menentukan kesan tersebut adalah dari suplemen ataupun tidak.

Keputusan-keputusan utama

Tidak ada mana-mana kajian yang menjawab hasil primer ulasan (pembekuan darah, pembentukan tulang dan kualiti kehidupan). Kedua-dua percubaan melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai aras vitamin K yang rendah daripada ukuran dalam dalam darah dan juga daripada penanda aras vitamin K makmal yang lain (undercarboxylated osteocalcin), aras ini kembali kepada kadar normal selepas sebulan mengambil 1mg suplemen harian vitamin K.

Kualiti bukti

Kami berpuas hati bahawa kedua-dua ujian dilaporkan semua kesudahan mereka merancang untuk dan bahawa keputusan tidak berisiko bersifat berat sebelah kerana sukarelawan tercicir daripada ujian. Kami tidak mempunyai maklumat yang cukup untuk membuat keputusan sama ada keputusan akan terjejas dengan cara itu ujian telah ditubuhkan atau dalam kes sukarelawan boleh memberitahu mana rawatan mereka menerima (ia akan menjadi jelas dalam perbicaraan membandingkan makanan tambahan untuk rawatan),

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zahratulfatin Mohd Mahfoz (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi zahratulfatin@ms.pmc.edu.my

Tools
Information
Share/Save