Suplemen vitamin K untuk cystic fibrosis

Soalan ulasan

Kami mengkaji semula bukti untuk melihat sama ada pemberian suplemen vitamin K kepada penghidap cystic fibrosis dapat menentang kesan kekurangan pembekuan darah, kekuatan tulang dan kualiti kehidupan penghidap cyctic fibrosis. Kami cuba menentukan dos terbaik yang diperlukan untuk mencegah kekurangan ini. Ini adalah satu pengemaskinian daripada ulasan terdahulu.

Latar belakang

Cystic fibrosis adalah keadaan yang diwarisi yang menyebabkan penyakit, paling ketara pada paru-paru, sistem pencernaan dan pankreas. Bagi penghidap cystic fibrosis, kelenjar pankreas mereka biasanya tidak menghasilkan enzim yang mencukupi untuk membolehkan tubuh badan menyerap makanan yang telah dicerna dengan sempurna dan ini juga mungkin boleh dikaitkan dengan kekurangan vitamin lemak-larut seperti vitamin K. Vitamin K diperlukan untuk pembekuan darah, pembentukan tulang dan beberapa fungsi metabolik yang sempurna.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 12 Ogos 2019.

Ciri-ciri kajian

Kami menyertakan tiga kajian (jumlah 70 peserta berusia antara 8 dan 46 tahun) dalam ulasan.

Dua kajian membandingkan vitamin K dengan kawalan. Dalam kajian pertama, semua 18 orang yang mengambil bahagian (berumur 13 hingga 35 tahun) diberi suplemen vitamin K oral 5 mg sekali seminggu atau tidak ada apa-apa selama satu bulan dan kemudian mereka bertukar ke kumpulan lain selama sebulan lagi. Malangnya, kami tidak dapat menganalisis data dari kajian ini kerana penyiasat tidak melaporkan data hanya dari bahagian pertama kajian (hanya dari akhir kajian ketika semua orang yang mengambil bahagian telah berada dalam kedua-dua kumpulan), jadi kami tidak dapat memberitahu jika kesannya disebabkan oleh makanan tambahan atau tiada makanan tambahan. Dalam kajian kedua seramai 38 orang berusia 16 hingga 45 tahun mengambil bahagian. Mereka diberi 10 mg vitamin K atau plasebo (suplemen palsu yang tidak mengandungi vitamin K) setiap hari selama 12 bulan, tetapi para penyelidik tidak menyatakan berapa banyak orang dalam setiap kumpulan sehingga kami tidak dapat menganalisis hasilnya.

Dalam kajian ketiga (14 kanak-kanak berusia 8 hingga 18 tahun) peserta diberi suplemen vitamin K oral, separuh daripadanya pada dos 1 mg setiap hari dan separuh lagi diberi 5 mg setiap hari selama satu bulan.

Hasil-hasil utama

Tidak ada kajian dalam kedua-dua perbandingan yang melaporkan hasil utama kami dari pembekuan darah dan kualiti hidup atau langkah-langkah sekunder terhadap pemakanan dan kejadian buruk.

Vitamin K berbanding kawalan

Hanya kajian 12 bulan yang dilaporkan mengenai hasil utama pembentukan tulang; kita sangat tidak pasti sama ada suplemen vitamin K mempunyai kesan terhadap kepadatan mineral tulang yang diukur di pinggul atau punggung bawah (bukti berkualiti rendah). Kedua-dua kajian tersebut melaporkan peningkatan kadar vitamin K dalam darah dan penurunan kadar osteokalsin karboksilasi (ini adalah petunjuk risiko patah tulang pinggul). Kajian selama empat minggu juga melaporkan bahawa tahap protein yang disebabkan oleh ketiadaan vitamin K (PIVKA) turun dan kembali ke tahap normal, tetapi kerana bukti kualiti yang sangat rendah, kami tidak pasti bahawa ini disebabkan oleh suplemen.

Dos tinggi berbanding vitamin K dos rendah

Kajian tersebut melaporkan bahawa walaupun tahap vitamin K meningkat, nampaknya tidak ada perbezaan antara kumpulan dos tinggi dan rendah. Nampaknya tidak ada perbezaan dalam tahap undercarboxylated osteocalcin (bukti berkualiti rendah).

Kualiti bukti kajian

Kualiti keseluruhan bukti dinilai sangat rendah kerana risiko bias dalam reka bentuk semua kajian dan jumlah peserta yang rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zahratulfatin Mohd Mahfoz (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information
Share/Save